Monday, November 24, 2008

APC 2007

Aku bersyukur kerana pada hari ini (20 Nov 2008) aku telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2007. Majlis ni telah diadakan di Auditorium UPSI dan disempurnakan oleh Dato’ Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Aminah Ayob.

Macam tak percaya aku telah berpeluang menerima anugerah ni. Hmmmm mungkin sebab aku telah melaksanakan tugas ku dengan baik sekali maka inilah hasil yang aku terima. Aku dah keje kat PPP (nama dulu) dan RMC (nama sekarang) sejak tahun 2002 lagi... then 2004 baru dapat tetap. So 2 tahun kerja sambilan. Macam2 yang telah aku lalui sepanjang bekerja kat pejabat ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pegawai dan pengarah kerana mereka jugalah aku telah terpilih untuk menerima APC 2007 di bawah Jabatan Canselori. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Selain daripada aku, kak fuza juga telah menerima APC 2007 gak. So kat opis ni 2 orang telah menerima APC 2007. Tahniah diucapkan kepada kak fuza dan juga untuk diri ku sendiri.

So kalo dh dpt APC ni kenalah tingkatkan lagi usaha dan mutu kerja hendaklah baik + sempurna untuk masa akan datang.....

inilah aku...







Kenduri Lagi..

Sekarangni dh mula cuti sekolah.. so ramaila yg bakal menamatkan zaman bujang mereka....

Tengah bulan td aku balik kg lagi.. sebabnya kawan kelas aku kawin... Hhmmmm... lepas ni mesti ramai lagi kawan aku yang bakal berkahwin dan aku pulak kenala balik kg tiap2 minggu sbb nk g kenduri depa... huhuhuhu...... almaklumle, diri sendiri pun akan kenduri gak pada tahun depan, so kenalah g kenduri kengkawan..

Kenduri kawan aku ni hari ahad (16 nov 08) so aku pergi dgn mak dan adik aku. Aku xde geng so aku bw la mak aku. Kebetulan kawanku (Janna) wat kenduri kat umah dia Parit 5, so mak aku ni mesti akan jumpa kulaannya.. So xdelah segan sgt mak aku tu. Hehehe.... Aku pulak leh lama sikit kat umah Jana sbb nk tengok dia bersanding.. Dapat la gak tangkap gambo dia bersanding...



pengapit yg puan tu pun kawan aku gak..




Jana dengan suaminya..



Janatun Aiza bt Jaafar



aku dan Jana