Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 1430H



Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ini..
Esok dah mula berpuasa untuk Ramadhan tahun ni yakni pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Walaupun negara kita masih lagi dibayangi oleh wabak penyakit influenza H1N1, namun aku harapkan agar bulan yang mulia ni, kurangkanlah insan-insan yang bakal dipanggil oleh-Nya.. yakni tiada sebarang kematian pun pada bulan Ramadhan ini.. tapi jika ia berlaku jua, maka itu adalah takdir yang Maha Esa (Allah yang menentukan segalaNya).

Oleh itu, pada masa bulan yang mulia nnt hendaklah kita melakukan ibadat yang wajib dilakukan iaitu berpuasa dan juga melakukan ibadat sunat yang lain.


Disini SAYA JUGA INGIN MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan. Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah sepanjang bulan yg mulia ini..amin..


Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan

doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Friday, August 14, 2009

Makan Pizza ....




Harini rehat tengah hari lama sikit sebabnya hari jumaat. Sebelum g pekan, g petronas dulu sebab aku nak isi minyak. Pastu g farmasi kat belakang telekom plak, lieza belikan 'mask', maklumlah H1N1 ni masih lagi berleluasa so kenalah berjaga-jaga.

Dah selesai sume baru le g pizza hut.... Memula tu pekerjanya kata xde tempat, tapi bila masuk kete semula, ada nampak tempat kosong kat belah atas. So apalagi, lieza pun masuk semula le... Memang betul ada tempat kosong. Kiranya rehat tengah hari tadi, lieza belanja makan pizza hut sempena hari lahir aku.. Lieza le yang amik order, aku tak tau sangat tentang menu kat pizza hut ni.

Untuk pengetahuan, ni first time aku jejak kaki masuk pizza hut dan merasa makanannya, ish..ish..ish.. cian tul aku ni ek. Bukannya apa, aku memang tak reti makan makanan yang lain drp lain... Jadi bila dah rasa ni, boleh la makan pizza tu.

Anyway, tima kasih bebanyak ye za coz belanja aku makan pizza...















Wednesday, August 12, 2009

Hepi Besday ....

Harini genap usiaku 27 tahun.. Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan usia ku.... Semoga apa yang telah ku lalui sepanjang hidup ini, diredhai olehNya.. Kuharapkan juga agar kesihatan ini stabil sepanjang hayat, dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa bersama suami tersayang dan juga teman-temanku.

Kali ni juga aku menyambut hari lahir sebagai seorang isteri. Kiranya dah ada insan tersayang berada disisi untuk menyambut hari lahirku ini. Walaupun berjauhan, namun hb tidak pernah lupa hari lahirku. Jam 12.02 tgh malam hb sms wish besday kat aku. Memang ku nantikan sms darinya. Kerana setiap tahun sebelum ini pun, dia memang tak penah lupa wish kat aku.. Moga-moga tahun mendatang begitu juga.. Pagi tadi pun dia call wish lagi.. Aku juga bersyukur kerana tahun ini Allah telah memberiku 'hadiah' yang cukup bermakna buat kami berdua. So kena tunggu tahun depan dalam bulan 3..insyAllah... Oleh itu, aku kena beringat dan berjaga-jaga agar semuanya selamat. Hadiah daripada hb lak, aku kena tunggu dia datang tg malim. Ntah ada ke idak hadiah tuk aku tahun ni.

Aku juga nk ucap selamat hari lahir untuk si'bucuk' yakni Faidhi, ulang tahun ke 3 pada 8 Ogos 2009 yang lalu. Semoga AD sentiasa diberkati oleh Allah, sihat sentiasa dan juga dipanjangkan usia. AD tahun ni memang cukup ligat, petah berkata-kata dan juga bijak berbicara. "Hadiah acicik xbagi lagi la... Nanti la acicik bagi ye.." - Faidhi (AD) ni sebenarnya anak lieza.. sebab aku dah lama dok sekali, so dah anggap macam anak sendiri. So AD ni gak kawan gaduh aku kat umah. Macam bebudak gak aku ni, asyik gaduh dengan AD aje... Hehehehe... Tapi pasni masing-masing akan ada haluan sendiri, so hanya masa dan waktu je yang menentukan.. Mungkin telah tertulis oleh-Nya...

Sunday, August 2, 2009

Bosan...

Cuti hujung minggu ni tak g mana pun. Dok umah je... Hb balik pun x g mana. Dia siap bawa buku pelajar lagi, sebab nak semak. So bila dia rajin, baru le semak buku pelajar tu..Huhuhu... Kiranya aktiviti harini hanya dok kat umah, tengok tv, layari intenet pastu download lagu... Kat sg besar ni pun xde tempat yg best nk g, so dok umah je. Tapi kalo aku dok tg malim pun sama gak, xkuar umah... Tapi situasinya lain, kat sana ada AD, tu pun kalo lieza xbalik ipoh le.. so xdelah bosan sgt.. Sebabnya leh tgk perangai dia yg sekarang ni semakin bijak berkata-kata.. siap bergaduh lagi dengan si AD tu... hehehe...

S.U.S.U

Huhuhu.... Semalam g kedai dgn hb, pastu beli susu anmum tuk org mengandung tu... Aku memang nk beli pun, tapi suka tangguh sebabnya aku xsuke minum susu..... Jadi, semalam beli jugak.. Berialah dok telek kotak susu yang mana nak beli... Nak beli perasa biasa ke coklat ke?.... Disebabkan aku memang tak penah suka nk minum susu, so aku pilih perasa coklat. Nak tak nak, aku kena try gak minum susu ni... So malam td dh mula minum susu tu. Aku buat ikut sukatannya 200ml = 5 skop.. Wah.. banyaknye... 1 gelas.. jenuh le aku nak habiskan.... Aku buat air panas suam, so bila minum xdelah rasa muak. Lama gak aku nk habiskan susu tu.. Minum pun sikit-sikit je.. Memula minum rasa macam nak terkeluar, tapi masih leh dikawal lagi... dan akhirnya habis gak aku minum susu tu. Berjaya jugak aku minum air susu walaupun mengambil masa yang lama, hampir 15-20 minit rasanya nak habis air susu tu..