Tuesday, June 5, 2012

Jalan-jalan + Kenduri Kawen

Cuti Sekolah bulan ni, kami g Kelate.. Kawan rumah sewa abg kat Senggarang tu kawen. So dah dapat jemputan tu, kita g le ke Kelate.. kalo saja-saja nk berjalan ke sana, belum tentu akan pergi.

So kami g hari Jumaat. Compom le jumaat tu aku cuti. Gerak sebelum subuh dalam jam 5 pagi. Solat subuh kat Slim River. Then lalu jalan Simpang Pulai - Cameron Highland - Gua Musang - Jeli - Rantau Panjang - Pasir Mas. Tempat kawennya kat Pasir Mas, Kelate. Kami g kenduri belah pompuan.

Kami sampai dalam 2 lebih kot (petang), berapa kali berenti aku tak ingat lak... Lama tul.. Then sampai sana, tunggu kawan abg jab sbb dia nak bawa kami g Home Stay (tak jauh dari umah dia)..

Malam Jumaat tu plak, majlis nikah kat umah pompuan kat Kampung Kangkung, Pasir Mas Kelatan. Hari Sabtu lak, kenduri belah pompuan. Kenduri belah lelaki hari Isnin (4.6.12) sebab tu le kami g kenduri belah puan..


malam nikah di rumah pompuan


kenduri sebelah perempuan


Balik dari kenduri tu dalam 3 lebih (ptg), kami gerak ke Kota Bharu.. Cadang nak tido lagi semalam kat sana.. Sebab pergi main terjah je, so terimala betapa susahnya nak cari penginapan tuk malam tu.. Semua hotel / Home Stay penuh pada sabtu malam tu... aduyai.... di manakah kami nak tido ni.. Cuba lagi cari papan tanda Home Stay, telefon satu persatu.... dan akhirnya dapat gak... HUH!!! syukur... bilik last untuk 2 orang... so terus tempah...

Kami pun terus menuju ke tempat tu (Rumah Tamu Riverside Inn) bersebelahan dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelatan... Bila sampai kat sana, dimaklumkan bahawa bilik last tadi ada orang lain dah tempah.. tapi ada bilik lain (takde aircond tp yang ada kipas angin, katil dan tv je). Harga RM50.. Pastu aku terus setuju sebab mana nak cari bilik dah petang-petang, pastu penat lak tu... Kami layan je janji leh tido...

papan iklan jawi 



Rehat jab then mandi,solat sume, kami kuar g Pantai Cahaya Bulan (PCB), jalan-jalan cari makan + cuci mata... Ni kali pertama aku jejak kaki ke Kelantan. Memang tak sangka KB ni ala-ala macam KL.. Jalan jem saje (sebab cuti sekolah kot).. Ramai betoi orang.. Pastu kete lak banyak plat Johor (J) dengan Wilayah (W)..

di PCB


Dari PCB kami jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh.. Perghh!!... kat sini lagi la, ramainya orang.... Pastu masuk cari parking, sekali masuk kete RM2.... macam pasar malam.. Jual macam-macam ada... sediakan duit je.. Tapi aku tak beli apa pun.. Boleh cam g tu? g redah jem, pastu berselisih bahu tuk melihat apa yg jual kat sana.. last sekali balik tangan kosong?.. tapi itu lah aku... cuci mata je kat sana...

Hari Ahad lak, kul 9 pagi dah kuar dari tempat penginapan. Menuju ke Pasar Siti Khadijah... Kat sana, kami sarapan. Pastu beli barang yang mak aku kirim. Beli serunding daging.. Pastu beli kopok sikit.. Then masuk Mydin, saja jejalan... macamlah Mydin tu xde kat sini, nak gak aku singgah kat Kelate tu.. hehehe.. Then gerak balik dalam kul 1.. Lalu jalan KB - Kuala Krai - Gua Musang - Cameron Highland - Simpang Pulai.. Ingatkan lalu jalan ni leh le cepat sampai.. Tapi dah tahu cuti sekolah, compom le jalan jem... banyak kete.. Aku memang tak sangka, asal cuti sekolah je, mesti ramai yg melawat ke Kelate..

Then satu lagi kejadian yang telah berlaku masa dalam perjalanan balik... Sebab nk solat so berhenti kat Petronas Behrang 2020.. Abg kuar solat dulu.  Aku plak, buka tingkap tempat duduk drive then kuar basuh botol susu. Kete memang parking depan tempat aku basuh botol tu.. Bila siap je basuh botol, rupanya fifi dah tutup tingkap tu. Pintu lak berkunci... Aduhhhhh... macamne la ni.. Bila aku suruh dia buka pintu, fifi siap gelak-gelak, ingatkan aku main dengan dia.. Then datang pekerja petronas dengan akak yg parking sebelah kete aku.. Fifi nangis lak bila nampak orang yang tak dikenali.. Lagi le susah nak suh dia buka pintu..

Bila abg selesai solat ..  Apalagi aku pun jeritla "papa... fifi kat dalam, tingkap tertutup dan pintu kunci".... masa tu fifi masih menangis lagi. Then kami panggil datang kat depan (tempat driver)... Ajar tekan untuk buka tingkap.. Aku rasa fifi dalam kete dalam 10 minit kot...  Akhirnya... fifi berjaya membuka tingkap tu.. Fuuuhhh!!! Lega rasanya.. syukur sesangat.. Mau aku tak riso sebab dah malam tu... then sampai rumah dalam 10 lebih (malam)...

* so lain kali jangan tinggal anak dalam kete sorang-sorang...