Monday, November 24, 2008

APC 2007

Aku bersyukur kerana pada hari ini (20 Nov 2008) aku telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2007. Majlis ni telah diadakan di Auditorium UPSI dan disempurnakan oleh Dato’ Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Aminah Ayob.

Macam tak percaya aku telah berpeluang menerima anugerah ni. Hmmmm mungkin sebab aku telah melaksanakan tugas ku dengan baik sekali maka inilah hasil yang aku terima. Aku dah keje kat PPP (nama dulu) dan RMC (nama sekarang) sejak tahun 2002 lagi... then 2004 baru dapat tetap. So 2 tahun kerja sambilan. Macam2 yang telah aku lalui sepanjang bekerja kat pejabat ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pegawai dan pengarah kerana mereka jugalah aku telah terpilih untuk menerima APC 2007 di bawah Jabatan Canselori. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Selain daripada aku, kak fuza juga telah menerima APC 2007 gak. So kat opis ni 2 orang telah menerima APC 2007. Tahniah diucapkan kepada kak fuza dan juga untuk diri ku sendiri.

So kalo dh dpt APC ni kenalah tingkatkan lagi usaha dan mutu kerja hendaklah baik + sempurna untuk masa akan datang.....

inilah aku...







No comments: