Saturday, December 19, 2009

Tag dr Lieza

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana
jupe kat umah sewa, umah dia selang sebiji dr umah sewa aku. Bila ye... tak ingat lak tahun bila aku pindah kat kg ketoyong

2. Love at first sight?
Idok..... sebab masa tu aku ada orang lain, dia pun sama gak ada orang lain.

3. Who is he when the first time u met him?
Dia student upsi....then kalo jupe mesti ada je nak cari pasal dgn aku (time aku tumpang parking moto kat umah dia) umah sewa dia ada garaj.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Tak ingat la plak.... huhuhu...

5. First place dating di?
Aku rasa kat tom yam rakyat tg malim kot.... hehehe....

6. How he proposed?
Masa bercinta - ntah bila bercintanya aku pun tak tau...tetiba leh jadi couple.. myb sebab dua-dua sudah jadi single so terus jadi rapat ... tu la orang selalu kata... kalo selalu gaduh bila jupe, lelama leh jatuh cintan..
Masa nak merisik/tunang/kawin – kami still bercinta walaupun dia dh abis belajar drp upsi, kiranya bercinta jarak jauh. Then dalam tempoh tu, dia de cakap, kalo dia dah ngajar dalam tempoh setahun or setahun lebih, dia akan datang umah untuk merisik.

7. Special date with your hubby?
Merisik : 7 Februari 2008
Bertunang : 17 Ogos 2008
Nikah : 30 Mei 2009


8. Changes that he asked you to do?
Dia selalu pesan kalo kuar umah pakai baju lengan panjang then tutup kepala (pakai tudung daa)...

9. What is about him that you love so much?
Hmm... apa ek..... sebab dia baik, penyanyang, romantic, memahami dan etc.... then dia ingat tarikh lahir aku... aku harap dia still macam tu sehingga ke akhirNya, amin....

10. What is about him that u wish he would change?
setakat ni takde apa.... semuanya ok.... Cuma kekadang tu aku de cakap kat dia, “tolong la jangan cakap macam tu, boleh tak?.......” ada satu ayat yang aku memang tak berkenan langsung bila dia borak dengan orang lain... dekat aku memang dia tak penah cakap macam tu pun...... tapi bila aku dengar, memang xsuke....

11. You will lose your mind n crack your head when he?
takde gak rasanya.....

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Apa ye..... bila aku minta bantuan, dia tak penah tak nak buat.... pastu kalo aku cakap nk g satu tempat tu dia mesti akan tunaikan... walaupun aku cakap main-main..... hihihi........

13. complete below sentences
"My love towards my hubby is as big as...?
waaaahhhhh.... sebesar seluas lautan....... tak terkira.....

Tuesday, December 15, 2009

~MUKA ~ COPY PASTE CONTEST"

last minute baru nk join lieza punya contest.. hehehe...


~MUKA ~ COPY PASTE CONTEST"




Syarat-syaratnye..

* MESTI jd follower blog riezalieza
* Buat entry psl contest ni.... sticky mode tau... hingga 1 Muharram 1431H ( ni tanpa paksaan… kalau buat ade extra marks
* Extra marks lagi KALAU add link http://riezalieza.blogspot.com ke blog anda


Cara-caranye :

* Letak gmbr anda bersama anak anda @ bersama mak anda @ bersama bapak anda yg nampak persamaan rupa paras/gaya ke.. ibarat org “EH U ALL NI CAM COPY PASTE LE” maksudnya sebijik le.. adik beradik tak aci tau... mana leh kembar sure sama kan...
*
* Kalau muka korang tak sama muka anak ke atau muka korang punye parents.. korang leh le pertaruhkan gmbr suami@isteri anda TETAPI tetap bersama anak anda atau mak bapak diaorang le he he he.. ade paham????
*
* Extra marks yg byk kalau turun temurun … MAKNANYANYE.. korang sama muka mak korang.. anak korang sama muka korang.. so ade 3 yg sama kan…( nenek + ibu + anak ) tp kenale letak gambar gak…sbg bukti


* TARIKH TUTUP CONTEST PADA 16 DIS 2009

* KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

* PEMENANG MUNGKIN LEBIH DR SEORANG … ( PERTAMA,KEDUA, KETIGA)

*SILA TINGGALKAN KOMEN DAN JEJAK KORANG YE.. KALAU TAK CAMNER AKU
NAK CARI KORANG

* YG PENTING HADIAH NYE.... SURPRISE!!!!!!!!!!





aku dgn mak..

Thursday, December 3, 2009

Kembara TV3

TV3 mengadakan Kembara TV3 dengan menjelajah seluruh negeri. So ikut jadual Kembara TV3 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh:3 Disember 2009(Khamis)
Masa:2.00 Ptg–7.00 Ptg
Tempat:Stadium Sungai Besar,Sabak Bernam,Selangor

Hari ni rupanya....

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ....





Kali ni aku balik Sungai Besar.. Dah lama aku tak balik...Rindunya..... Sekali balik sudah ada perubahan yang aku baru nampak. Maybank Sungai Besar sudah ada e-Kawanku... Jika dulu hanya ada mesin ATM je, sekarang dh macam-macam mesin ada.. so senang la sikit. Sudah ada kemajuan.... Bukan itu saja, Bank Islam pun dh pindah ke bangunan baru yang lagi besar..... Then 'The Store' Sungai Besar lak sudah ditutup?.. Hmmm... xde tempat shopping dah.. cuma ada Billion aje.


Tuesday, November 24, 2009

Hmmm.....

Aku tak tau nk letak tajuk pe...
Hari isnin aku cuti (23 Nov 2009).... sebab ahad tu pindah umah.. Tapi cuti pun bukan dok umah.. Pagi kul 8 mcm biasa g klinik utk checkup bulanan. Kali ni g dengan abg coz sekarang cuti sekolah so adalah teman.. Kali ni punya perkembangan ok, berat naik sikit.. tapi satu je yang x ok, HB darah merah aku turun.. Bulan lepas bawah 10, bulan ni pun turun lagi... Apa pun, aku kena tunggu 2 minggu lagi untuk keputusan selanjutnya... Harap-harap sume ok.. amin.... Hari ni dh 23 minggu usia kandungan..





Selesai urusan di klinik dlm kul 10, terus g sarapan. Then nak renew lesen lak coz dh tamat 20 Nov 2009 kat pejabat pos, tapi kena buat tengah hari sikit sebabnya sistem komputer ada masalah. Selesai sume urusan di luar, baru balik umah, tu pun sampai kul 2 lebih... Sempat la kemas sikit-sikit... Tp lum kemas sepenuhnya..

Petang dalam 5 lebih pas amik Ad kat taska, g umah proton city sat amik barang yang tertinggal.. Dalam perjalanan tu nampak ada kete excident masuk longkang besar, siap langgar papan tanda lagi.. Kejadian kat simpan masuk kota malim prima.... Kete putih, proton wira, tayar 4 biji ke atas, badan kete tu hampir putus 2 .. sapa la yang tau kejadian tu ek... Ntah apa jadi pada pemandunya... Pemandu ni bawa laju sangat kot... sekarangkan musim hujan.... So apa pun, HATI-HATI KETIKA MEMANDU, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.... (",)








Pindah Umah..

Hujung minggu tadi aku pindah umah baru (ahad - 22 Nov 2009).. means umah sewa ya, bukan umah beli pun... Sebelum ni dok kat apartment proton city, and now dok kawasan perumahan kat Kalumpang.

Tapi still dekat dengan Lieza.. kiranya kami ni berjiran la.. selang sebuah je dari umah sewa tu.. Nampaknya aku dengan lieza memang xleh berpisah... Sebelum ni dok serumah, sekarang dok berjiran lak.. Memang rezeki dapat berjiran dengan lieza.


Thursday, October 15, 2009

Sambutan @ UPSI

14 Oktober 2009 (Rabu)

Hari Raya @ UPSI

Hari ni ada jamuan raya lagi.. Kali ni anjuran persatuan di UPSI yg terdiri daripada USIA, PRESTASI, dan PEKA.

So part mcm kategori kami ni, USIA le... Ditugaskan utk menyusun satay. Xde sapa pun yg membantu dalam penyusunan tersebut. Aku g pun sbb lieza ajak. Kalo x, mesti kelam kabut punya.. Al-maklumla, satay ni banyak peminat. Dalam kul 2 lebih baru ada staf sokongan lain yg datang membantu. Tu pun 2-3 orang aje... Lelaki lak tu. Jangan xcaya, hanya ada 3 org staf sokongan je yg memulakan penyusunan tersebut. Memang bagus depa ni...

Meh kita layan gambo ni...



Lieza n Liana yg setia menyusun satay.....





ni la staf sokongan yg membantu... tgk sapa pakai baju seragam tu.... hehehe.. sempat gak pakcik E membantu....





hmmm.. time ni baru jam 2.30 ptg, tp tgk staf pompuan tu, xsabo2 nak amik satay.... bukan ke tu staf sokongan gak?... ish2x...





keliling tu penuh staf lelaki.... menunggu utk menyambar satay.... masa ni, aku dh penat, so dh dok berehat....





tu dia... staf upsi yg sedang berebut2 tuk amik kuah satay... hihihi....




tadaaa......... ni le satay yg disusun tu.....



15 Oktober 2009 (Khamis)

Aktiviti di rumah Kak Anis.. "Aness Cookies - Cup Cakes".... :-)

Malam pas magrib, g umah kak anis dgn lieza... membantu untuk menyiapkan cup cakes sempena sambutan hari lahir ahli PEWARIS UPSI...

Lieza dan Liana decorate cup cakes...

Aku bahagian pembungkusan...

Kak Ina bahagian tampal stiker di bekas cup cakes...

Meh kita tgk gambo yg ada....




.... khusyuknya.... mendecorate kek....





depa lagi.... rajinkan depa ni.... hehehe




aku la tu.....






cup cakes yg dh siap...



16 Oktober 2009 (Jumaat)

Hari Raya + Sambutan Hari Lahir Ahli PEWARIS (Bulan Mei - Okt 2009)

Aku punya besday - Ogos 2009






kek PEWARIS merangkumi bulan Mei - Okt 2009





aku dan kak fuza (merangkap Bendahari PEWARIS)..




aku lagi...







gambar bersama Dato' VC dan yg sambut besday tuk bulan Ogos je..




kemeriahan majlis.....




Persiapan sebelum majlis....




aku yg menyibuk..... hehehe




ni dia assistan alin....




aku tukang tunjuk je.. "ok ke idok...."








sudah siap....



Ni dia.. makanan yg diimport dari Ipoh - Koew Toew Goreng






muka letih je kawan ku ini... hehehe... depa lagi.... memang baguih depa ni tau...




majlis dh nak selesai.. so sume pakat membungkus,... hepi le.... makanan sume abis..

Tuesday, October 13, 2009

Intenet aku benggong..

Intenet kat PC aku ni memang benggong sikit. Asal petang je, xleh buka intenet (lepas jam 2.00 petang).. PC orang lain ok aje... So cara nak pulihkan intenet aku ni, kenala "restart" semula... baru le leh buka intenetnya.. Sabo je laaahh....

Kongsi Bersama




Buku ni Pengarah aku baru dapat. Ada student dia bagi sempena Konvensyen Astronomi Negeri Perak Pada 10 hingga 11 Oktober 2009. So ada 1 beg yang pengarah dapat, dalam beg tu ada buku-buku agama.

So sempat le aku scan... Aku pun lum sempat baca lagi, just belek2 je..
























Cite Aku..

28 September 2009 (Isnin)

Hari ni g klinik checkup bulanan tu. Pastu berat badan aku turun la.. 1.5kg lak tu.... huhuhu, so tinggal lah ...... kg. Aku dh makan banyak pun berat leh turun.. Tapi mungkin aku tau sebabnya.... aku dh lama xminum susu. Dulu bukan main beria lagi minum susu, pastu dh xminum.. Pasni, aku akan cuba untuk meneruskan minum susu tu.


2 Oktober 2009 (Jumaat)

Hari ni g klinik lagi, dalam kul 9.30 minta tolong yana hantarkan. Aku xde kenderaan time ni, so kena la minta tolong.. hehehe.. Hari ini aku scan baby.. so nampak lah bentuknya... Pastu badan aku ni naik merah-merah kat tangan, kaki, gatal yang teramat sangat. So nurse yang scan aku tu soh jumpa doktor minta check. Dah jupe doktor tu, bagi ubat sapu je... tempoh 1minggu diberi. Minggu depan kena datang semula untuk lihat ada perubahan or tak.


8 Oktober 2009 (Khamis)

Pagi tu g klinik seperti yang telah dijanjikan untuk jumpa doktor. Xde perubahan sangat pada tangan aku ni. Pastu kat keliling mulut lak, kalo sebelah petang akan jadi kering dan menggelupas teruk. Nak buka mulut pun payah. Siap pakai mask lagi untuk cover mulut ni. Doktor ni pun xtau nak watpe, so refer pada yang pakar le. So akan ada temujanji dengan doktor pakar – tarikhnya 12 Oktober 2009 (Isnin depan).

Pastu doktor tengok gambo scan baby tu, doktor cakap baby aku kecil, xmungkin due awal bulan 2, so doktor wat scan semula. Pastu tarikh jangka bersalin yang asal tu tak betul (misi memula yg buka buku pink tu salah kira daaa...) so duenya dalam hujung Mac 2010. Kiranya masa scan hari ni, baby aku dah 4 bulan (16 minggu, 1 hari)


9 Oktober 2009 (Jumaat)

Hari ni hb aku datang, sebabnya nak tukar kete. Kete dia dh siap dibaiki. Minggu lepas hari sabtu (3 Oktober 2009) aku dengan lieza g amik kete dia kat subang. Dari sini kami naik komuter sampai la Sg Buloh. Pastu nak ke subang, lieza minta tolong kak/abang ipar dia. So 1minggu le aku pakai kete hb untuk g keje.


12 Oktober 2009 (Isnin)

Appoiment dengan doctor pakar

Kul 2.15 ptg, aku g klinik coz ada temujanji dengan doctor pakar tentang kes aku ni. Ayoyoyo.... doktor pakarnya takde la plak... Pastu nurse kat kaunter tu kata ”doktor pakarnya xdelah, ada bg ceramah”, biasalah doktor... last minute ada tugas luar. Hmmm.. yele tu.... aku iyekan jela.. malas nk tanya lebih-lebih.

Nurse kat kaunter tu suh aku jupe doktor biasa. Dah patut kena jupe doktor pakar, suh aku jupe doktor biasal la plak.. Hmm.. layan le jugak... Doktor biasa tu pun tak nak check aku.. dia pun tak tau nak watpe.. Siapa la dia berbanding doktor pakar yang sememangnya pakar dalam bidang perubatan ni kan..... Lagipun aku tengok doktor biasa tu macam doktor praktikal aje... muda sesangat... ”betul ke doktor ni”?.... So kena la kenala buat temujanji semula. So tarikhnya 19 Oktober 2009 (Isnin akan datang).

Nurse kat klinik baby tu pun hairan, depa tak dimaklumkan tentang doktor pakar tu xde petang ni. So dimana silapnya dalam hal ini?.... Nurse di klinik baby?.. Pembantu Doktor Pakar? Ataupunl Doktor Pakar itu sendiri?....

Friday, October 2, 2009

Raya II - sambung cite

Raya Keempat (Rabu)

Bangun awal sikit, iron baju pastu mandi n solat. Then kemas beg sbb nak balik sg besar plak. Jam 8.30 pagi bertolak dr rumah. Abg ikut jalan lama, then sampai Melaka baru masuk highway.

Kul 1.00tgh singgah umah pak ndak kat Batu 3, Shah Alam. Masa sampai sana, kak zah sekeluarga pun ada gak (akak aku no.2). Pastu makan tengah hari sekali. Dalam kul 3.30 kami meneruskan perjalanan. Ontway balik sg besar tu nnt, kami nk singgah umah pak lang kat jeram lak. Kak zah + pak ndak sekeluarga lak nak pergi Hospital Sg Buloh, melawat sepupu aku masuk wad masa raya ke3. So hala tuju kami berlainan.

Dalam perjalanan, kete abg terasa panas sgt walaupun aircond dah pasang habis. Pastu baru perasan temperature kete naik full.. Kebetulan abg memang nak isi minyak pun. So terus berhenti kat stesen BHP Padang Jawa. Abg pun turun buka bonet enjin. Rupanya ada air yang kuar daripada radiator. Myb bocor rasanya. Abg pun call abg pie (abg ipar) tanya mcmne. So kami terpaksa menunggu sampai enjin tu sejuk. Pastu abg tambah air. Tetap kuar gak air tu. Then try start enjin, kete lak xleh hidup. Aduhai... masalah sudah timbul. Nak tak nak, kami tunggu la kat sana sampai kak zah dgn abg pie datang. Nasib le ada depa.

Dalam kul 5.40 ptg camtu, abg pie dgn kak zah sampai. Then abg pie call adik ipar dia lak tanya kes ni mcmne. Kebetulan adik ipar dia ni memang mekanik, so lagi mudah berurusan. Dalam kul 6.30 ptg, adik ipar abg pie pun sampai. Bila dia cheking enjin kete tu, memang de masalah. So kena la hantar bengkel untuk dibaiki. Then sampai le trak tunda jenis naik belakang tu, apa ke namanya "TOING"?... Pastu kami pinjam kete adik ipar abg pie tu, yang dia lak naik trak tunda, sbb kete ni dia yang akan baiki.







so kena caj rm150... huhuhu...

Sampai umah lak dalam kul 12 lebih. Huh! memang lama betoi kami punya perjalanan balik dr bt pahat ke sg besar, dari jam 8.30 pagi sampai 12.00 tgh malam. Dugaan di hari raya.... Sampai lewat sebab ada menyinggah beraya dan g makan malam.


Raya Kelima (Khamis)

Harini xde g kemana pun. Dok kat umah aje, menunggu orang datang beraya. Umah jiran sebelah pun aku x g raya. Tapi hari ni, kak zah dgn kak yati datang. So ramai le kat umah mak hari ni.


Raya Keenam (Jumaat)

Pas solat jumaat dalam kul 3, kami g beraya dgn mak. Pinjam kete Abg Wan la g raya ni. Raya kat umah sedara kawasan sg besar aje. Sampai umah pun dekat kul 11 malam.


Raya Ketujuh (Sabtu)

Beraya kat Bagan Datoh, Perak.


Raya Kelapa (Ahad)

Balik Tg Malim, then hb pinjam kete aku balik Johor.



p/s - sume cite aje.. xde gambo pun.