Sunday, June 21, 2009

Jawab Tagged Lieza dgn Yana.. huhuhu..

Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.



1. He's sitting in front on the TV, what is on the screen...
hmm.. dia tengok berita jam 8 malam… pastu layan cite apa saja yang dia rasa menarik, kalo x, dia akan buka laptop.

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad..??
mmmm.... sambal belacan kot... tu pun tengok keadaan gak.... kalo dia terasa teringin, apa saja dia akan makan...


3. what's one food he doesn't like???
semua lauk dia makan tp dia tak suka makan yang pedas-pedas dan dia tak berapa suka makan bihun.. huhuhu..

4. You go out to eat and have a drink..what does he order??
air carrot susu..

5. Where did he go to high school..??
UTM dan UPSI

6. What size shoes he wear..??
berapa ya… 40 @ 6

7. if he was to collect anything, what would it be???
dia minat segala jenis bas.. kalo ada kamera, mesti akan tangkap gambar bas tu… siap ada koleksi, tapi sekarang umor dah bertambah so kureng sikit koleksinya….

8. What would this person eat every day if he could??
apa-apa aje….

9. What is his favourite cereal???
mmmm.. nestum kot…. Tapi dia ni jenis xmemilih sgt, so makan aje…

10. what would he never wear??
pakaian warna merah jambu…..

11. What is his favourite sports team..??
badminton… dan bola sepak tu sikit2 aje.. layan semua team yang menang, tapi of course la Johor FC dan Johor FA…… sokonglah bola sepak tempatan.

12. Who did he vote for???
AF dan rancangan reality yang lain… tapi vote kat tv aje.. bukan sms pun… huhuhu..

13. who is his best friend??
.. semua orang dia kawan.. ada sorang kawan dia yang aku kenal – Zaidi ...

14. what is something you do that he wishes u wouldn't do?
dah kawin ni, dia xbagi aku pakai baju lengan pendek kalo kuar umah.. huhuhu.. so kena pakai baju lengan panjang or pakai sarung lengan tu…. Pastu kena tutup kepala kalo kuar umah walaupun depan umah.. hua..hua..hua… so sekarang ni, sedang berubah sikit demi sedikit… hehehe….

15. what is his heritage??
melayu ler…. dan dia tau cakap jawa…

16. what is his favourite colour??
merah, biru, kuning dan warna yang cerah..

17. what is his habit??
mmmmm.. apa ya?... lum dapat tau lagi… dalam pemerhatian.. hehehe…


18. what is he proud of??
mmmm.. sama gak, masih dalam pemerhatian… tak tau le….

19. Do u think he will read this..???
yap.. sebab dia ada kat sebelah masa draf tagged ni,…
20. tagged another person
Takde sapa aku nak tagged pun…

Wednesday, June 10, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Dah selesai majlis perkahwinan.. so masa untuk bercuti..

Aku memang dah plan nak bercuti bersama suamiku masa cuti sekolah.. Tempat percutian dia yang pilih.. aku yg suh.. so dia pilih Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Kami bertolak dari Johor (kg abg) 8 Jun 09 (Isnin) jam 12tgh.. sebelum tu jupe mak mertua kat kedai dulu, sebab pasni xjupe dah... jupe pun time kenduri kat joho hujung bulan ni..

Sampai di ganu, jam 9 mlm, jaraknya lebih kurang 500km... tp tak terus ke pulau kapas sebab bot kami jam 9.30 pagi esok. So kami menginap di Chalet Mak Su, Marang.. Kawan abg yang carikan hari sebelum kami bertolak.. Bayaran semalam RM50 je...

Pagi menjelma.. kami menuju ke Jeti Marang, kawan abg yang tolong tunjuk jalan sebab dia memang orang sana, so senang sikit.. Then kete abg lak, suh kawan dia bw balik.. Risau gak kalo park kete kat jeti tu 3 hari, ntah apalah jadi...

Kami naik bot (ala2 feri la).. dalam 15minit sampai ke destinasi...
Pastu kami checkin.. depa bg kami minuman selamat datang.. sambil menunggu chalet dibersihkan untuk kami menginap. Bila bilik telah siap, kami pun menuju ke chalet no 50. Dalam 30minit kemudian, orang chalet datang membawa sejambak bunga... Wow.. bestnya, siap dapat bunga lagi... So abg pun beri aku bunga tu.. (bunga ros merah)..

Dalam kul 4ptg lak, ada trip snorkling.. memang sonok sangat aktiviti ni.. memula aku tak berani, tapi ada juru selam tu bw guna pelampung so takde la takut sangat. Bila dapat tengok dalam dasar laut tu, perrgghhh.. memang best, cantik lak tu.. banyak ikan warna warni yang tak penah aku lihat. Jauh gak orang tu bawa melihat dasar laut, adalah dalam 500meter kot.. Kalo la aku tau berenang, mesti la sonok...

Then malam lak, ada Candle Light Dinner... memula kami dok meja biasa je.. pastu abg tanya kat budak pelayan, (kebetulan memang ada sebuah meja dihujung kolam renang telah tersedia).. "dik, meja hujung tu sapa punya ye?".. budak tu pun jawab, "ooo.. orang tu tak sampai lagi"... padahal tempat tu, meja tuk kamilah.. kui kui kui... abg pun tunjuk kupon makan yg tertulis CLD.. rupanya budak tu pun tak pasan yg meja tu memang tuk kami.. so dia minta maaf sebab tak pasan pastu bz lak sebab sorang staf depa tidak sihat.. Nasib baik le abg tanya, kalo x, makan kat meja biasa je pastu makanann lak xbest. Makan malam yg disediakan rupanya mushroom chiken chop black paper.. uuuuhhh sedap tul.. memang bestlah percutian pertama kali ni... rasa macam nk bercuti lagi je...


Gambo dah upload sikit...































Sunday, June 7, 2009

Cerita Aku...

Aku mula cuti hari Khamis (28 Mei 09), so ptg rabu dah balik kg. Sebelum cuti tu aku kena selesaikan keje-keje yg sepatutnya. Selebihnya aku minta tolong kat Alin. Persiapan untuk majlis kawin ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Malam Khamis tu aku pakai inai, tu pun jiran aku yang pakaikan (kawan mak). Cadangnya aku nk pakai inai, jumaat malam. Tapi bila fikir semula, jumaat malam kak ani (kedai pengantin) nak pasang pelamin, so aku ubah fikiran. Makcik tu pakaikan inai kul 10 malam, selepas siap isi ‘berkat’ untuk orang ramai. Bila dah pakai inai, tido luar le jawabnya. Memang penat betul kaki dan tangan aku ni.. letihnya.. tido xlena, asyik tengok jam je… “bila nak subuh ni”…. Aku ni xpenah pakai inai 10jari, tu pasal jd camtu.

Cite hari jumaat lak.. Aku amik 7 khemah termasuk khemah pengantin. 2 khemah tu amik dgn orang lain tuk letak kat padang (khemah tuk orang catering 1, pastu 1 lagi tuk rehat keluarga. 5 lagi amik kat tempat lain letak kat depan umah. Kat padang tu dah pasang dalam kul 10 pagi. Khemah lain tu pasang dalam kul 5 petang. Tu pun dekat magrib baru nk siap pasang. Malam pulak dalam kul 11, kak ani baru sampai umah tuk pasang pelamin…. Lewat tul datang umah aku, katanya umah aku ni umah ke 5 tuk pasang pelamin (umah terakhir).. Aku pun tunggu sat sbb nk tgk kak ani pasang pelamin. Tapi mata tidak dapat menahan ngantuk, aku pun masuk tido.
Dalam kul 1.30 pagi, hujan turun dengan lebat sekali… siap dengan angin segala macam… masa ni pelamin aku dh siap, dan masa ni la, khemah yang dipasang tadi, senget dalam erti kata hampir roboh. Aku memang takut sangat…. Yelah, aku membayangkan ‘macamne kalo esok jadi macam ni’?.... Aku mengucap panjang melihat situasi ini berlaku. Aku berdoa supaya semuanya selamat… Aku pun sms orang kanopi tu bagi tau tentang khemah nk roboh, kena datang esok pagi untuk baiki (khemah 5 tu).


Sabtu (30 Mei 09)….
Kul 8 pagi, orang kanopi tu datang tengok khemah dia. Nasib baik khemah tak rosak teruk.. so leh betulkan semula. Aku pulak, keringkan lantai yang basah sebab hujan lebat malam tadi.. Tempat tu memang tempat air bertakung. So kena mop lantai untuk dikeringkan.
Kul 1 lebih, lieza sampai dengan suami dan anak dia. Lieza lah (kawanku) yang temankan aku g masjid tuk majlis akad nikah. Dekat kul 3ptg, kak ani makeup sampai… Kul 4.35ptg, pergi masjid untuk majlis. Mak aku x pegi, sebab pakcik aku xbagi.. sedihnya…. Sian kat mak aku sebab xdapat tengok aku … Mak sebenarnya nak ikut sama g masjid. Tp sebab pakcik dh kata xyah, so mak dok umah je. Petang tu jugak, lepas asar wat kenduri arwah tuk abah kat umah. So orang pompuan yang ke masjid lagi masa tu, kak zah (akak aku), makndak dgn cik azmah.
Lepas Asar, bermulalah majlis akad nikah. Masa ni ada 1 pasangan lagi.. So giliran kami no.2. Sepoi di nikahkan oleh kadi, wakil wali aku (abang Wan). Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri. Memang sebak gak rasanya, macam nk menitiskan air mata, tapi dapat cover sebab takut ganggu makeup. Selepas selesai, suami buat sembahyang syukur.. lama gak dia dia buat solat tu. Then, pemberian mas kawin kepada aku sebagai isterinya.
Majlis di masjid telah selesai, so semua ke rumah untuk makan petang….. Aku yang baru bergelar isteri, tidak berjalan sama untuk balik rumah. Suami ku dengan keluarganya dan aku lak balik dengan Lieza. Hehehe.. Ntah apa2 la aku ni kan?... Aku rasa sepatutnya aku kenalah balik bersama suami tapi sebaliknya lak. Bila sampai umah je, semua jiran tengok aku.. Dalam hati depa tu, mesti berkata “pesal la si intan ni tak balik sama dengan suaminya”…… pastu dah masuk umah, mak lak tanya “mana yang lain, nape ditinggalkan”?.... aku pun jawab “ada kat masjid lagi, baru nak bertolak, kak zah ada dengan depa”… itulah jawapan aku….. Bila aku masuk bilik lak, “pesal bilik ni malap je”?... huhuhuhu.. rupanya lampu panjang tu terbakor la plak. Nasib le dah tukar mentol putih yang kecik tu.. Tak pelah, janji ada cahaya walaupun tak berapa terang.. So adalah sikit posing2 kat dalam bilik tu…



























31 Mei 2009 (Ahad) Hari Kenduri

Kul 9 pagi, mak andam dah datang.. tapi aku lum mandi lagi. Bangun awal tapi kemas umah dulu, wakum bilik, ruang tamu dan kat luar umah (depan pelamin).. dah siap semua, tu yang dok relax sampai xpasan jam dah kul 9. So cepat2 la aku mandi, sambil tu aku suh kak ani (mak andam) g makan dulu. Kali ni kena mandi cepat2 sikit dalam 5-10 minit. Aku ni dah la mandi lama… so kena ikut masa.. Aku lupa nak sms kak ani tu bagitau aku sanding pas zohor. Kalo x, mesti dia datang lewat sikit. Pegi makeup tempat lain dulu, baru datang umah aku. Sebab kak ani dah datang, kena makeup jugak la walaupun sandingnya pas zohor. Lama gak kena jaga makeup ni supaya tak cair.. Nasib le ada Lieza, so dapat tolong apa yang patut.. TQ ye Za…. Hehehehe… Ramai gak kawan aku yang datang. Tapi kawan aku yang sorang ni.. memang lain bebenor badannya,… besar tu.. sihat…. ish, ish, ish…… aku dah lama tak jupe dia, bila jupe hari tu, macam xpecayo itu Zaima… Terima kasih kepada kawan2 yang telah datang ke majlis perkahwinan aku..
Dah pas zohor.. kul 1.45, suami aku masih lum sampai lagi.. lamanya……. Bila depa nak sampai ni… mak dah tanya, akak aku pun dah tanya, semua orang dah tanya “bila pengantin nak sampai’? …… Banyak kali aku tepon dia, dah kuar dari hotel ke idok.. Akhirnya, dekat kul 2.30 kot baru sampai…. Lieza jadi pengapit aku, pastu Yana lak tolong pegang payung.. Sian Yana, tak pasal2 kena tolong aku pegang payung.. Apapun, TQ ye korang berdua… almaklumlah, korangkan orang berpengalaman… hehehe….



















Balik Umah Mertua
Hmmm.. dah bergelar isteri, so kena la balik kampong suami. So hari Rabu (3 Jun 09), kami balik ke Johor. Minta tolong abg pie (abg ipar aku) hantar ke stesen bas. So naik bas ekspress dari Sungai Besar ke Kuala Lumpur. Sebab, nak amik kete kat adik sepoi.. Naik bas dalam kul 3.15 sampai KL dalam kul 5.45 ptg. Then terus ke UPM hantar adik sepoi. Pas magrib dalam kul 8.30 baru gerak balik kampong Johor (Kg Seri Merlong Darat, Rengit, Batu Pahat). Then sampai umah mertua dekat kul 12tgh malam.
Kat sini, aku kenalah masak lauk tuk suami aku dgn familynya... hari pertama aku masak udang sambal tumis dgn goreng ikan je.. Hari esok lak wat masak lemak ikan... Huhuhu.. main belasah aje.. nasib baik jadi.. kira leh layan gak la abg makan.. dia kata sedap dan yang pastinya, abg tak makan yang pedas sgt...


Hari Khamis (4 Jun 2009)
Pas zohor dalam kul 2, abg bawa aku kuar jalan-jalan, kiranya pinggir pekan batu pahat la.. 1 jam dari umah. So dah kuar, abg bawa aku tengok wayang kat Square One .. Tengok cite “Jangan Pandang Belakang Congkak”, tayangan kul 3.45ptg. Sebelum ni tengok sekali sebagai tunang so kali ni tengok wayang sebagai suami isteri lak.
Hmmm, komen sikit pasal cite ni.. Jalan ceritanya menarik gak la, pastu best, kelakar.. memang tak rugi kami tengok cite ni.. Lagu yang Lan Pet Pet, Cat Farish dan sorang pelakon yang aku tak tau namanya memang best melodinya.. lagu yang depa nyanyi masa kena sampuk… Lan Pet Pet jadi orang minyak, si Cat lak jadi toyol dan sorang lagi tu jadi hantu raya... Tapi endingnya tak berapa best sangat la.. agaknya ada sambungan cite kot akan datang, sebab tu wat ending mcm gitu…. Itu komen aku tuk cite ni..