Friday, July 31, 2009

Cuti ?

Rabu, 29 Julai 2009.

UPSI dilanda H1N1... Akhirnya UPSI pun tidak terkecuali menerima wabak ini.. Patut le masa aku datang keje pagi tu jalan lengang kat taman U. Rupanya semua student telah dikuarantinkan dari keluar kolej. Then petang dalam kul 4 lebih, semua warga upsi diberikan cuti, means upsi ditutup drp beroperasi. Memula tu, hanya student je yg diberi cuti daripada hadir ke kuliah, tup-tup staf pun sama gak. Lama plak tu cutinya, drp 30 Julai - 5 Ogos 09. Huhuhu... Sedeynya bila kita diberi cuti, tapi cuti yang membimbangkan warga upsi sendiri. Harap-harap bila masuk keje nanti, semuanya telah pulih seperti biasa. Sebab cuti lama, aku pun balik kg sg besar. Then hb aku pun kena datang ke sg besar gak la. hehehe...

Syukur Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah.... Memula aku memang xtau yg aku ni dh ada isi. Disebabkan aku lewat period, so lieza suh aku check sendiri. Dia punya 'firasat' memang mengatakan aku ni dh berisi. Untuk mengesahkan lagi 'firasat' lieza, aku pun beli alat uji kehamilan tu.. Then aku pun test sendiri kat umah masa bangun pagi, masa tu 21 Julai 2009.. Macam xpcaya je.. Petang pas balik keje, lieza suh g klinik lak, untuk mengesahkan lagi yang aku memang betul2 dah pregnant. So ptg tu g klinik Syifa'... dan memang benarlah yang aku dh pregnant, masuk 7 minggu rupanya masa check tu. Then malam tu aku sms hb bagitau, tapi secara kiasan. Pastu dia mcm xpecaya je.... dia pun terus call tanya perkara sebenar...

Wednesday, July 22, 2009

Pengalaman naik KTM SM..

14 Julai 2009 (Selasa)

Masa tu aku ada mesyuarat JPSS kul 9.00 pagi. Sementara menunggu ahli mesyuarat hadir, hp aku berbunyi.. So aku jawab, rupanya panggilan drp UTHM. So aku keluar bilik mesyuarat dan meneruskan perbualan.

Aku telah dipanggil untuk hadir temuduga di UTHM pada Khamis, jam 2.00 petang (16 Julai 09) kiranya lusa la. Surat akan diberi kemudian, tapi aku minta faks surat panggilan tu dulu sebab nk minta cuti. Wahhh macam xcaye la aku telah dipanggil..

So pas abis mesyuarat, aku call hb maklum tentang hal tu. Then menjadi persoalan sekarang ni, aku nak g bila dan naik apa ye?.... Pastu aku pun bgtau kat Lieza... So dia cadangkan kat aku supaya naik ketapi je... Hmmm baguih gak idea Lieza tu, memang menjadi. So keputusannya aku g naik ketapi.. Fuuuhhh merasa gak naik Ketapi Tanah Melayu. Selama 27 tahun, tu la 1st time aku naik ketapi. Kesian.... ish, ish, ish.... Sebelum ni naik komuter, star dan monorel je....

Petang tu gak pas opis, aku g stesen ketapi Tg Malim dgn lieza tanya tentang pembelian tiket. So tiket leh beli terus kat sana. Amik ketapi Tg Malim - KL Central (15/7/09) jam 1935mlm. Pastu KL Central - Kluang (16/7/09) jam 0035 tgh mlm (Ekspres Senandung Malam). Balik lak, Kluang- KL Central (17/7/09) jam 0053 tgh mlm. Aku amik ketapi yang ada katil. Masa pegi katil bawah, balik lak, katil atas.


15 Julai 2009 (Rabu)

Kul 7 lebih, lieza hantar aku ke stesen ketapi tg malim. So aku melulu terus naik jambatan untuk pergi ke landasan seberang. Dalam fikiran aku, hanya ketapi yg aku nampak tu lah yang aku kena naik. Ketapi setiap 45minit ke KKB tu. So aku terus je masuk ketapi tu. Sampailah masa ketapi aku ni nak berjalan, aku baru tau yang aku ni dah salah naik ketapi. Sepatutnya aku naik ketapi Ekspres Ipoh-KL Central yang baru saja berlalu 1minit lepas. Tu pun sebab bersembang dgn pakcik KTM, ada 2-3 orang masa tu. Then dia bagitau, tak tau lah aku ni sempat ke idak sampai KL Central.. Aku pun apa lagi, menggelabahla.. Aku memang xpenah naik ketapi sorang2. So mcm nak ngis pun ada gak. Tapi pakcik tu kabo, jangan risau insyAllah sempat sampai. Nanti kalo dh sampai Rawang, terus g naik komuter.

Bila sampai je kat Stesen Rawang, aku pun naik jejantas tuk pegi ke landasan seberang. Kebetulan komuter dah ada, so aku terus masuk. Kat dalam tu pun aku rasa risau gak. "Betul ke idak komuter ni"... Harap-harap semuanya berjalan lancar... Masa komuter dh bergerak, org KTM yang tau aku salah ketapi tu panggil. Dia bgtau, kalo komuter ni sempat sampai KL Central sebelum kul 9.30mlm, terus je naik atas dan terus pegi ke Platform yg sepatutnya. Kalo tak sempat, aku kena naik komuter ni sampai ke Seremban, so ketapi tu akan tunggu kat sana. Syukur alhamdulillah, komuter sempat sampai sebelum kul 9.30mlm. Aku terus bergegas ke Platform berkenaan, orang KTM tu memang tak lupa kat aku, so dia la yg tunjukkan jalan. Kebetulan dia pun nak naik ketapi tu gak coz nak balik umah dia kat Rembau. Masa sampai KL Central tu, penumpang belum naik ketapi Senandung Malam tu. So lega sangat.... Kiranya aku sampai tepat pada waktunya... Then terus menuju ke ketapi tu, dan masuk ke gerabak yang sepatutnya, sit no 24. So apalagi, masa untuk merehatkan diri yang dari tg malim xsenang hati... huhuhu...













katil aku....









pura-pura ZzzZzzzZZ...



Sampai Stesen Kluang jam 3.30 pagi, masa tu hb lum sampai lagi. Ketapi ni sampai awal dari masa yang dijadualkan. Ikutkan sampai kul 3.50 mcmtu... So tunggu la kejab... Then hb sampai dlm kul 3.50 pg, terus balik umah mertua aku kat kg seri merlong, perjalanan dalam sejam daripada Kluang.


16 Julai 2009 (Khamis)

Hari ni lah aku g interbiu kat UTHM tu. Kul 12.00tgh aku bertolah dr umah mertua ke UTHM. Aku drive sendiri bawa kete hb, sbb dia ngajar belah petang. Tiap kali ada simpang yang aku confius, aku akan berhenti dulu dan call hb untuk confirmkan jalan mana aku patut lalu. Then 12.30tgh aku dh sampai ke UTHM. Nasib le kat sana ada orang yang dikenali, so mudah le nak ke tempat interbiunya. Sebelum diinterbiu, kami yang hadir tu kena jawab soalan personaliti dulu. Kemudian baru dipanggil untuk interbiu face to face. Kat sana, masuk jumpa panel 4 orang sekali. So aku kumpulan pertama sebab nama aku atas sekali. Masuk bilik interbiu tu dekat kul 3 kot, then kami sume kuar dalam kul 3.45ptg. Fuhh.... lega rasanya dh bis interbiu tu. Aku pun terus balik umah le, nak melancong tempat lain bukan tau jalan... huhuhu...


17 Julai 2009 (Jumaat)

Hari ni aku keje, so masuk lewat sikit. Minta time off 2 jam. Aku naik ketapi daripada Kluang jam 0053tgh malam, then sampai KL Central jam 0625pagi. Dah sampai aku g solat dulu. Pastu terus platform untuk pergi Rawang yang akan berlepas jam 0700 pagi. Then sampai Rawang jam 0800 pagi. Aku ada masa 2jam untuk ke pejabat. Bila sampai Rawang, aku telah dengar makluman tentang komuter ke KKB jam 0825pagi telah dibatalkan dan komuter seterusnya jam 0925pagi. Hah!?.. terkejut le aku... jam 0925 pagi?.... kul berapa aku nak sampai ofis kalo macamni.... Aku pun kuar dr stesen tu, nk cari teksi ke bus ke... aku tanya akak jual nasi lemak kat ne nak cari teksi or bus. Dia pun bagitau area mana, so aku pun jalan menuju arah yang dimaklumkan. Sekali lagi aku tak tau nak naik apa, teksi or bus? Aku pun msg lieza tanya.... Keputusannya, aku naik teksi la walaupun kena caj RM60 ( 'kecek' punya pasal, dapatle RM55)... hehehe.... Aku sampai UPSI kul 9.00 pagi. Pastu amik kete terus balik umah. Then sampai UPSI semula jam 9.50pagi. Fuuuuhhhhh..... sampai pun ke pejabat sebelum jam 10.00 pagi.

Macam-macam hal.... masa pergi dh le salah ketapi, masa balik lak ketapi lewat.. Dugaan... Cubaan.... Rintangan...

Apa pun, aku telah selamat menjalani interbiu tu.. So tunggu jelah keputusannya lepas ni...

Thursday, July 16, 2009

Jalan-jalan kat Danga Bay

Kebetulan berada di Bandaraya Johor Bahru, so apalagi aku ajakla suamiku jalan-jalan ke Danga Bay.... maklumla, aku ni tak penah sampai ke sana lagi. Dah alang-alang berada di negeri Johor, so gunakanlah kesempatan masa yang ada tu untuk ke sana... Cantik betul pemandangannya di waktu malam. Disebabkan tempatnya besar, maka kami naik train yang disediakan untuk membawa kami mengelilingi tempat itu dengan membayar RM5 seorang....

Ni le tiketnya...







Bergambar kat train yg bawa kami tu, masa ni train ni xde orang lagi..














Pemandangan waktu malam..




Action je tu....

Majlis Nyambut Menantu...

Lepas kenduri aku diadakan pada 31 Mei 2009, maka kenduri belah laki dibuat sebulan lepas itu iaitu pada 28 Jun 2009 di Kg Seri Merlong Darat, Rengit, Batu Pahat Johor..
Majlis kat sana memang meriah, siap ada kompang lagi.. Pastu ada silat lagi.. Biasalah, majlis kat kampung so adalah camtu gi tu kan.... Tapi bersanding kat kampung lewat sikit, so sanding dekat kul3 la mcmtu....


Meh kita layan ek..





p/s; nanti aku upload gambo lagi ek..

Tagged yg dh lama xjawab

CERITA BAGAIMANA KEKASIH, TUNANG, ATAU SUAMI KAMU MELAMAR...

Hmmmm… macamne ek nk mulakan cite kisah kami ni..

Perkenalan kami secara tak sengaja…. Semuanya bermula apabila aku dgn lieza pindah umah then tinggal lak berjiran dengan student upsi. Masa tu dalam tahun 2004 kot kami pindah kat umah kg ketoyong (umah 4 pintu).. Masa tu aku baru pas pisah dgn ex-bf aku.. then dia pun sama rupanya…. Baru pas putus dgn ex-gf dia…. Sebab masa aku perasan pun, muka dia serabai.. penuh jambang, xhensem langsung….. Tapi sebab aku hari-hari parking moto depan umah student tu, so kami sentiasa la gaduh, siap dia sepak-sepak dan tendang-tendang tayar motor aku.. mana aku x angin… ada je nk cari pasal dengan aku… Memula aku tak layan pun dia.. jual mahal la katakan... tapi hari-hari lieza dok cakap tentang student tu… (student yang aku maksudkan tu sekarang dh jadi suami aku)… Dia pulak, ada kawan serumah yang selalu nak ‘kenenkan’ kami berdua.. (abg din)… Kiranya jodoh kami ‘menjadi’ sebab ada kawan serumah….. Jadinya dah hari-hari kena usik oleh depa, aku pun terima dia sebagai kawan je dulu.. dia pun sama…. Myb sebab 2-2 teringat dek kenangan lama pastu sunyi pulak….. so kawan-kawan le dulu… Dia ada minta no tepon aku, pastu aku pun bagi le… then ada bagi emel sekali…. So kalo de sebarang soalan, kami akan berhubung melalui emel je.. walaupun hari-hari aku jupe dia.. kami tak akan bersoal jawab face to face… Aku rasa, cara emel lagi menarik kot…

Kami ‘declare’ lak bile ye?…. Hmmmm aku rasa xde….. kami berkawan terus je… kiranya masa berkawan tu serasi, so kami teruskan je perhubungan tu….. Sampailah dia habis belajar kat upsi pada tahun 2006… Lepas sebulan kot dia balik kg, dia datang semula ke Tg Malim dengan ayah, mak dan adik dia sebab nak amik barang. Kebetulan dia tumpang barang kat umah aku. Masa tu aku dah pindah, dok kat umah hulu bernam. Masa tu aku tak terfikir le plak dia bawa mak ayah dia sbb nak tunjuk kat depa yang aku ni ”kawan dia”.. so masa depa sampai umah tu waktu malam, aku pakailah baju tido.... baju t-shirt dan suar had lutut tu. Nasib baik le mak ayah dia tak reject aku.... Kalo tak, hubungan kami mesti terhenti......so hubungan ini diteruskan melalui perhubungan jarak jauh.. Dari situ dia bagi satu ayat tentang perhubungan ini “kalo ada jodoh, kita akan disatukan”….. jadinya, kami hanya berhubung melalui sms dan tepon saje… aku dapat rasakan keikhlasan dia terhadap aku.. so aku tak mau perhubungan ini di sia-siakan… aku percaya je lah, walaupun kami dok berjauhan… kami hanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing…

Lepas daripada itu, kami memang tak jupe langsung….. Cuma dia ada datang upsi lagi dalam bulan 7 kot sebab nak amik jubah untuk konvo bulan 8…. Masa tu la kami jupe… tu pun kejab je, dalam 10 minit rasanya… Konvo tahun tu wat kat PICC... time tu aku xde pun, g umah sepupu kawin kat Bandar Baru Uda, JB.
Macam xpercaya, hubungan kami dari 2004-2006 masih terjalin…. Lepas dia konvo dia ada cakap, kalo dia dah ngajar setahun, dia akan masuk minang.. so dia minta aku tunggu je.. masa tu pun aku tak kisah lagi… bukan nak kawin cepat-cepat pun…. Then bila dia dah posting hampir setahun, dia datang merisik pada 7 Februari 2008. Pastu kami bertunang pada 17 Ogos 2008 dan kemudian kami disatukan pula pada 30 Mei 2009 (Nikah).... Kenduri umah aku, 31 Mei 2009 dan kenduri belah laki lak pada 28 Jun 2009...

Jadinya, begitulah ceritanya.........


Sori la Lieza, coz lambat sangat jawab tag ko ni..... huhuhu...