Wednesday, June 10, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Dah selesai majlis perkahwinan.. so masa untuk bercuti..

Aku memang dah plan nak bercuti bersama suamiku masa cuti sekolah.. Tempat percutian dia yang pilih.. aku yg suh.. so dia pilih Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Kami bertolak dari Johor (kg abg) 8 Jun 09 (Isnin) jam 12tgh.. sebelum tu jupe mak mertua kat kedai dulu, sebab pasni xjupe dah... jupe pun time kenduri kat joho hujung bulan ni..

Sampai di ganu, jam 9 mlm, jaraknya lebih kurang 500km... tp tak terus ke pulau kapas sebab bot kami jam 9.30 pagi esok. So kami menginap di Chalet Mak Su, Marang.. Kawan abg yang carikan hari sebelum kami bertolak.. Bayaran semalam RM50 je...

Pagi menjelma.. kami menuju ke Jeti Marang, kawan abg yang tolong tunjuk jalan sebab dia memang orang sana, so senang sikit.. Then kete abg lak, suh kawan dia bw balik.. Risau gak kalo park kete kat jeti tu 3 hari, ntah apalah jadi...

Kami naik bot (ala2 feri la).. dalam 15minit sampai ke destinasi...
Pastu kami checkin.. depa bg kami minuman selamat datang.. sambil menunggu chalet dibersihkan untuk kami menginap. Bila bilik telah siap, kami pun menuju ke chalet no 50. Dalam 30minit kemudian, orang chalet datang membawa sejambak bunga... Wow.. bestnya, siap dapat bunga lagi... So abg pun beri aku bunga tu.. (bunga ros merah)..

Dalam kul 4ptg lak, ada trip snorkling.. memang sonok sangat aktiviti ni.. memula aku tak berani, tapi ada juru selam tu bw guna pelampung so takde la takut sangat. Bila dapat tengok dalam dasar laut tu, perrgghhh.. memang best, cantik lak tu.. banyak ikan warna warni yang tak penah aku lihat. Jauh gak orang tu bawa melihat dasar laut, adalah dalam 500meter kot.. Kalo la aku tau berenang, mesti la sonok...

Then malam lak, ada Candle Light Dinner... memula kami dok meja biasa je.. pastu abg tanya kat budak pelayan, (kebetulan memang ada sebuah meja dihujung kolam renang telah tersedia).. "dik, meja hujung tu sapa punya ye?".. budak tu pun jawab, "ooo.. orang tu tak sampai lagi"... padahal tempat tu, meja tuk kamilah.. kui kui kui... abg pun tunjuk kupon makan yg tertulis CLD.. rupanya budak tu pun tak pasan yg meja tu memang tuk kami.. so dia minta maaf sebab tak pasan pastu bz lak sebab sorang staf depa tidak sihat.. Nasib baik le abg tanya, kalo x, makan kat meja biasa je pastu makanann lak xbest. Makan malam yg disediakan rupanya mushroom chiken chop black paper.. uuuuhhh sedap tul.. memang bestlah percutian pertama kali ni... rasa macam nk bercuti lagi je...


Gambo dah upload sikit...































No comments: