Tuesday, May 4, 2010

MAC 2010

Kisah ku di bulan Mac 2010....

Dah lama aku tak update blog ni. So aku kumpul semua cite...


9 Mac 2010 (Selasa)
Hari ni, besday suami ku.... then minggu ni aku dh cuti, so dok sg besar sampai bersalin..

23 Mac 2010 (Selasa)
Ikutkan hari ni due aku bersalin, tapi babyku masih lum kuar lagi. So hari-hari kena g klinik check jantung bby....

27 Mac 2010 (Sabtu)
Pagi tu ada kuar darah sikit, tp aku wat biasa jela.. Then kul 8pg, g klinik tuk check jantung bby, aku pun bgtau la ada kuar tanda sikit. Pastu nurse suh g sepital sabak. Kul 9 lebih aku pun g sabak dgn mak. Abang aku yg bawa. Hubby lum sampi lg, masih dalam perjalanan. Sampai sana terus masuk wad.

28 Mac 2010 (Ahad)
Pagi tu doktor wat checkup setiap pesakit.. tiba turn aku, dokto cakap masih lum ada tanda2 tuk bersalin, so aku diberi pilihan nak balik umah or tinggal je kat wad. Aku amik pilihan balik umah, sebab tak sakit lg.

29 Mac 2010 (Isnin)
Malam ni aku mula rasa sakit. Sakitnya lebih lagi dari hari sebelum. Pergerakan anak dalam perutku juga terlalu aktif, lain daripada hari biasa... so dalam kul 9 lebih bersiap tuk g sepital sabak. Sampai sana, terus masuk living room check pergerakan jantung baby, memang pergerakannya terlalu aktif. So kena masuk air 2 botol. Masa ni baru buka 1cm je.

30 Mac 2010 (Selasa)
Harini berjalan seperti biasa. Sakit tu memang ada.

31 Mac 2010 (Rabu)
Tinggal harini je lagi menentukan aku kena g teluk intan ke idak esok. Harini berjalan seperti biasa. Siang tu aku rasa sakit-sakit gak. So malam mula menjelma. Kesakitanku mula bertambah, setiap saat, setiap minit, setiap jam. Kul 9 mlm aku dah terbaring menahan kesakitan. So nurse suh aku masuk dalam bilik living room, nak check dh buka berapa, sudah 3cm. Nurse suh sediakan barang baby, stanby tuk pas bersalin. Then still dok dlm sbb nak check pergerakan jantung baby. Sume dh ok, g balik tido kat katil luar. Sekitar jam 1 pagi, aku memang tak dapat nk tido. Kerap kali masuk toilet. Sehingga jam 2.45, memang tak dapat tahan, aku berjalan perlahan-lahan nak masuk bilik living room. Aku cakap kat nurse, memang xboleh tahan dah.. rasa semua nak terkeluar je.... Memang satu pengalaman yang cukup hebat bila berdepan dengan kesakitan ini. Bertawakal jela sepanjang menempuh kesakitan. Masa tu juga, aku betul-betul haus, bibir ku kering kontang, nk minum air tp xboleh.. so aku kuatkan semangat juga untuk mengeluarkan baby. Jam 3.40 pagi, selamat sudah aku melahirkan anak perempuan... Ya Allah, Ya Tuhanku.. bersyukur sangat2.. sebab sume selamat. Babyku berat 2.25kg, sihat dan sempurna.. amin...Baru saja diberi nama NUR SORFINA AFZA' BINTI SAIFUL WIZANI.




Baru Lahir - jam 6.10 pagi




Petang - jam 6.54ptg

1 comment:

Che Mulan said...

ala tomeynyer baby dia..