Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Sambung cite untuk Mac 2013



Mac 2013...

aku nak sambung cite untuk bulan Mac 2013 pulak...

1 Mac 2013 (Jumaat)..

Hari tanpa masalah.. sebabnya tak perlu nak fikir pasal masalah keje kat opis.... Hari untuk aku lepaskan stress.. Hehehe... Hari ni adalah Hari Karnival Sukan Staf UPSI 2013...  telah diberi pelepasan waktu bertugas.... so satu opis telah turun padang join perakaran rumah sukan.. Rumah kami adalah Rumah Aminuddin Baki (Ungu)...... Semua kakitangan yang berkaitan turut serta untuk memberi semangat kepada ahli rumah sukan yang akan bertanding.... Aku tak masuk apa-apa sukan pun tapi kena jadi pom-pom girl... huhuhu..... layan jela....



sedikit gambar rumah AB = Aminuddin Baki





Keputusan keseluruhan, rumah AB dapat tempat ketiga... Okla tu...

Rumah AB terdiri daripada gabungan PTj seperti berikut:

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)

Akademi Pendidikan/ Sekolah Makmal
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPP)
Makmal Penyelidikan Pendidikan
Pusat Latihan Mengajar & Industri
Institut Peradaban Melayu (IPM)
Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa


Ketua Kontinjen pulak adalah : TNC(PI)...


Memang satu hari suntuk aku join bagi sokongan kat team AB ni... bukan main sorak lagi.. lupa dunia jadinya... apapun, hari ni memang hari aku lepas stress..... lupa sekejab masalah keje kat opis.. memang best sangat... 

Karnival ni dijalankan dalam masa 3 hari je... Dari hari Jumaat - Sabtu... Aku bagi sokongan hari Jumaat je..


2 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ini memang cadang nak g upsi, nak tengok team AB lawan bola jaring.. tapi datang kejab je... pastu balik g lepak umah lieza sampai tengah hari...

Balik dari umah lieza, aku singgah farmasi beli pregnant test, saja nak test sebab dekat sebulan tak datang period... sampai umah je, aku terus try... dan syukur 2 line, means aku sahla mengandung... pastu memang saja letak pregnant test tu kat bilik air.. tak bagitau pun kat abg... nak suprise le konon... wakakaka.... 


9 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ni aku balik kampung sg besar.... Aku boleh tak ingat langsung hari ini adalah hari jadi suamiku.. huhuhu... teruk betoi... sebelum ni memang tak penah aku lupa hari jadi abg... hari sebelum tu aku ingat tapi belum sampai waktunya... tapi bila sampai waktunya boleh lupa... dekat tengah hari baru dia tegur aku..... "sayang tak wish abg pun".... aku lak jawab, "wish apa"?... pastu baru tersedar.... oppssss sori ye.... sayang terlupa..... nasib le abg tak merajuk... kalo aku yang kena agaknya, mesti muncung je... hahahaha..... tapi tak celebrate apa pun...  yang penting suamiku sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dapat jaga kami sekeluarga... 'Happy Besday Abg'...




16 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ni aku kena datang opis sebab nak siapkan ERGS.... Hari isnin dah nak hantar ke KPT. So kena datang opis bawa fifi.. Papa ada sekolah ganti so fifi kena bawa ke opis.... sampai opis, Sumarni (wife sarwat) datang bawa anak sedara dia.. Su ni staf sambilan kat sini, so minta bantuan dia la untuk tolong aku siapkan ERGS ni..

Layan gambor depa... Anak aku nak masuk 3 tahun.... anak sedara Su plak, nak masuk 2 tahun. Tapi besar dan tinggi lebih kurang je... Baju dah la sama warna.... muka lak aku tgk lebih kurang je budak-budak ni... hehehe... macam2...






22 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ni kami balik kampung Johor plak.... aku mohon cuti hari isnin-selasa, kebetulan cuti sekolah, so lama sikit balik johor...

Ontway balik johor tu memang jem sikit... sebabnya ada kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan....





Pastu abg kuar highway kat Melaka, then lalu lebuhraya AMJ... kat sana kami singgah RnR dia.. kebetulan ada group motor beso plak baru nak gerak ...







Lepas makan, kami teruskan perjalanan... pastu kami singgah satu tempat ni.. aku tak tau apa namanya.. layan gambo jelah ye... hehehe




jambatan gantung 









sempadan antara Melaka dan Johor....



















Thursday, March 14, 2013

Lamanya Menyepi...


Dah masuk tahun 2013 pun.. tengah bulan Mac baru nak update blog aku.. Lama bebenor rasanya aku tak cite apa-apa kat blog ni...

Apa pun, akan dihimpunkan cerita secara ringkas je..

Jan 2013... 

Tiada apa pun yang menarik pada bulan Jan untuk aku  ceritakan.. cuma ada satu je untuk aku kongsikan bersama... Rakan pejabat aku dah berhenti kerja. Sedih ? memang la sedih sebab beban sume turun semula kat aku.. walaupun ada staf sementara or sambilan tapi berapa lama je mereka akan berada di sini? Memang rugi sangat sebab dia berhenti kerja tetap.. Apa pun aku kena teruskan kerja aku di sini... 

Feb 2013...

Bulan ni memang sangat sibuk.. Sibuk menguruskan permohonan FRGS penyelidik. Macam2 yang perlu ditempuh.. Jika dulu aku hanya mengumpul semua permohonan mereka dan menguruskan penghantaran terus ke KPT , dengan lebih mudah kami sebagai posmen yang menghantar seberapa banyak permohonan yang diterima. Tetapi bermula tahun 2013, segalanya telah berubah.. Kami yang perlu menapis semua permohonan yang diterima. Membuat penilaian dan ada pulak sesi Penaziran.. Ooohhh macam2 yang perlu aku buat... Bermakna kami hanya akan menghantar permohonan yang 'High Recommeded' sahaja... Memang ramai yang tidak puas hati kenapa permohonan mereka tidak sampai ke KPT... apa pun aku hanya yang menjalankan tugas.... aku hanyalah 'ikan bilis' sahaja... bukan 'ikan jos'... :-)..

Pastu staf sambilan/sementara yang banyak membantu aku sejak staf tetap tu berhenti pulak, akan berpindah ke PTj lain pada bulan depan.. Lagi sedih la aku... Beban lagi nampaknya... Stress betul kalo dok pikir benda ni... Apa pun, keje aku teruskan jugak. Buat semampu mungkin... Walaupun ada lagi staf sambilan yang lain/baru, tapi tidak sama dengan sambilan/sementera yang memang lama keje kat sini dan banyak tolong aku uruskan hal penyelidikan.

Untuk cite bulan Mac 2013...

akan bersambung...















Thursday, November 1, 2012

Jalan-jalan Cuti Raya Haji



Cuti Raya Haji tahun ni aku balik Johor.
So hari Khamis aku dah cuti, then gerak dari tg malim kul 9 pg.
Dalam kete, abg ada cakap, nk bw fifi g Zoo Melaka... Aku layan je..
Sampai Melaka dalam kul 12:00 tgh.. Then terus menuju ke Zoo Melaka.


Masuk parking - RM2.00
Masuk Zoo - RM10.00 seorang (Dewasa)
Naik Trem - RM3.00 seorang (Dewasa)





Tuesday, July 3, 2012

Selamat Hari Bapa..

AKTIVITI DI TASKA SEMPENA HARI BAPA..
Donut buat papa sempena Hari Bapa..
Fifi buat untuk papa..


Tak sabar nak makan bila dah sampai umah.. Makan sama papa..

Tuesday, June 5, 2012

Jalan-jalan + Kenduri Kawen

Cuti Sekolah bulan ni, kami g Kelate.. Kawan rumah sewa abg kat Senggarang tu kawen. So dah dapat jemputan tu, kita g le ke Kelate.. kalo saja-saja nk berjalan ke sana, belum tentu akan pergi.

So kami g hari Jumaat. Compom le jumaat tu aku cuti. Gerak sebelum subuh dalam jam 5 pagi. Solat subuh kat Slim River. Then lalu jalan Simpang Pulai - Cameron Highland - Gua Musang - Jeli - Rantau Panjang - Pasir Mas. Tempat kawennya kat Pasir Mas, Kelate. Kami g kenduri belah pompuan.

Kami sampai dalam 2 lebih kot (petang), berapa kali berenti aku tak ingat lak... Lama tul.. Then sampai sana, tunggu kawan abg jab sbb dia nak bawa kami g Home Stay (tak jauh dari umah dia)..

Malam Jumaat tu plak, majlis nikah kat umah pompuan kat Kampung Kangkung, Pasir Mas Kelatan. Hari Sabtu lak, kenduri belah pompuan. Kenduri belah lelaki hari Isnin (4.6.12) sebab tu le kami g kenduri belah puan..


malam nikah di rumah pompuan


kenduri sebelah perempuan


Balik dari kenduri tu dalam 3 lebih (ptg), kami gerak ke Kota Bharu.. Cadang nak tido lagi semalam kat sana.. Sebab pergi main terjah je, so terimala betapa susahnya nak cari penginapan tuk malam tu.. Semua hotel / Home Stay penuh pada sabtu malam tu... aduyai.... di manakah kami nak tido ni.. Cuba lagi cari papan tanda Home Stay, telefon satu persatu.... dan akhirnya dapat gak... HUH!!! syukur... bilik last untuk 2 orang... so terus tempah...

Kami pun terus menuju ke tempat tu (Rumah Tamu Riverside Inn) bersebelahan dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelatan... Bila sampai kat sana, dimaklumkan bahawa bilik last tadi ada orang lain dah tempah.. tapi ada bilik lain (takde aircond tp yang ada kipas angin, katil dan tv je). Harga RM50.. Pastu aku terus setuju sebab mana nak cari bilik dah petang-petang, pastu penat lak tu... Kami layan je janji leh tido...

papan iklan jawi 



Rehat jab then mandi,solat sume, kami kuar g Pantai Cahaya Bulan (PCB), jalan-jalan cari makan + cuci mata... Ni kali pertama aku jejak kaki ke Kelantan. Memang tak sangka KB ni ala-ala macam KL.. Jalan jem saje (sebab cuti sekolah kot).. Ramai betoi orang.. Pastu kete lak banyak plat Johor (J) dengan Wilayah (W)..

di PCB


Dari PCB kami jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh.. Perghh!!... kat sini lagi la, ramainya orang.... Pastu masuk cari parking, sekali masuk kete RM2.... macam pasar malam.. Jual macam-macam ada... sediakan duit je.. Tapi aku tak beli apa pun.. Boleh cam g tu? g redah jem, pastu berselisih bahu tuk melihat apa yg jual kat sana.. last sekali balik tangan kosong?.. tapi itu lah aku... cuci mata je kat sana...

Hari Ahad lak, kul 9 pagi dah kuar dari tempat penginapan. Menuju ke Pasar Siti Khadijah... Kat sana, kami sarapan. Pastu beli barang yang mak aku kirim. Beli serunding daging.. Pastu beli kopok sikit.. Then masuk Mydin, saja jejalan... macamlah Mydin tu xde kat sini, nak gak aku singgah kat Kelate tu.. hehehe.. Then gerak balik dalam kul 1.. Lalu jalan KB - Kuala Krai - Gua Musang - Cameron Highland - Simpang Pulai.. Ingatkan lalu jalan ni leh le cepat sampai.. Tapi dah tahu cuti sekolah, compom le jalan jem... banyak kete.. Aku memang tak sangka, asal cuti sekolah je, mesti ramai yg melawat ke Kelate..

Then satu lagi kejadian yang telah berlaku masa dalam perjalanan balik... Sebab nk solat so berhenti kat Petronas Behrang 2020.. Abg kuar solat dulu.  Aku plak, buka tingkap tempat duduk drive then kuar basuh botol susu. Kete memang parking depan tempat aku basuh botol tu.. Bila siap je basuh botol, rupanya fifi dah tutup tingkap tu. Pintu lak berkunci... Aduhhhhh... macamne la ni.. Bila aku suruh dia buka pintu, fifi siap gelak-gelak, ingatkan aku main dengan dia.. Then datang pekerja petronas dengan akak yg parking sebelah kete aku.. Fifi nangis lak bila nampak orang yang tak dikenali.. Lagi le susah nak suh dia buka pintu..

Bila abg selesai solat ..  Apalagi aku pun jeritla "papa... fifi kat dalam, tingkap tertutup dan pintu kunci".... masa tu fifi masih menangis lagi. Then kami panggil datang kat depan (tempat driver)... Ajar tekan untuk buka tingkap.. Aku rasa fifi dalam kete dalam 10 minit kot...  Akhirnya... fifi berjaya membuka tingkap tu.. Fuuuhhh!!! Lega rasanya.. syukur sesangat.. Mau aku tak riso sebab dah malam tu... then sampai rumah dalam 10 lebih (malam)...

* so lain kali jangan tinggal anak dalam kete sorang-sorang...













































Wednesday, May 30, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinanku..

Dah lama rasanya tak update blog ni.
Bila nak update ni, berwajah baru lak 'view' blog ni.
Hari ni 30 Mei 2012 - genaplah 3 tahun perkahwinan aku dan suamiku. Diharapkan agar ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.. amin. Takde hadiah ke?.. heheh.. Takde hadiah pun...

Tapi hadiah paling bermakna buat kami pada tahun ni adalah memiliki rumah sendiri. Awal bulan tadi baru dapat kunci. Kami beli umah kat Sekiah Makmur. Syukur sangat akhirnya dapat juga memiliki rumah pertama kami. Mungkin akan pindah sebelum puasa.. InsyAllah... Sebab bajet pun ciput, so ubah suai rumah sekadar yang mampu je..

Saturday, March 3, 2012

Jalan-jalan...

Harini papa bawa fifi jejalan.. petang td pas g pasar lambak, papa bawa tengok umah kat sekiah.. saja jalan2 sampai sana.. Pastu pusing-pusing kat proton city.. Cuaca ptg td tak berapa baik sebab hujan.. Then mama ajak papa masuk kampus baru.. Wow.. memang beso kampus baru kat Proton city tu.. First time aku masuk dan pusing-pusing kat sana... Nak g jalan kat sana time keje, mmg tak la.. sbb xde apa nk cari kat sana..
Kali ni xde gambo kampus baru sbb hujan so xdela aku kuar tangkap gambo..



pintu gerbang UPSI.. (upload google)

Kucing...

Ni pun cite bulan Februari gak..
Macam biasa time rehat tgh.. aku, lieza dgn yana akan rehat sama. So hari tu g makan kat medan selera.. Tengah mkn, ada kucing dtg kat meja. Aku mmg compom penakut dgn kucing.. So kucing ni aku rasa mmg lapo sgt agaknya.. Kami sume dh bis mkn, tp yana ada lebihan makanan (ns goreng).. Biasanya kucing xberapa nk makan nasi kan? Tapi kucing ni lain.. so jom tgk gambo ni...



lapik dgn tisu je.. cube teka ni tgn sapa?.. heheh.. compom la bukan tgn aku...




Oleh itu, janganla kita menghalau kucing apabila menghampiri meja makan.. mungkin kucing tu memang lapo.. so bagila kucing makan ek...
(kepada insan-insan yang berani pada kucing la ek..)..

Sunday, February 12, 2012

Jalan-jalan...

Cuti sabtu dan ahad.. papa bawa fifi jalan-jalan masuk hutan.. hehehe.. bukan hutan mana pun, tempat nk dituju mmg camtu, pokok @ kebun kiri dan kanan..

Sabtu petang papa bawa fifi g Teratak Riverview.. saja g nk tgk apa ada kat dalam sana.., masuk dalam tu, jalannya kecik muat 1 kete je.. then jalan lopak sana sini.., masuk sana ramai yg mandi manda kat sungai tu, sblm smpi teratak tu ada tempat cantik leh mandi.. sungai inki namanya.. tp fifi celup kaki je.. skg ni xleh mandi sungai, bahaya.. mcm2 hal lak nnt..

Ahad petang lak, papa bw fifi g jalan kat kolam air panas, kerling...

















ada jambatan gantung kat teratak tu..
















ni le kolam air panasnya.. tp air suam je, papa yg masuk dlm tu.. mama dan fifi dok tepi tgk je... airnya kotor sikit.. tp ada gak yg mandi.. huhuhu..

kat sini pun ada sungai gak, leh mandi manda..




antara wakaf yg ada kat situ..








pastu masa singgah kat jambatan gantung ni jab.. jambatan ni jumpa sebelum sampai kolam air panas tu, tp singgah masa nk balik..







Monday, February 6, 2012

"AZURA 2012"



Hari ni g Kuala Selangor, cadang nk tgok wayang.. tp cite apa ek? kena tgk dulu bila dh smpai nnt.. tp fifi aku xbawa.. "cian bby mama kena tinggal"..

Then smpai KS dkat kul 12, so wayang yang hampir masanya adalah "AZURA".. tajuk citenya, nama aku.. hehehe.. so layan jela dgn abg.. tak ramai pun dlm panggung tu, aku rasa 20 org tak sampai kot..

Best ke citenya?.. hmmm, aku tak pandai sgt nk komen cite2 ni, kira ok la kot..


Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul 1433H buat semua..
semoga hari2 mendatang bakal menjadikan sesuatu yang penuh makna..

Saturday, January 28, 2012

Aku yang naik tepu

Pejam celik, pejam celik.. aku dh keje kat RMC, UPSI ni dh 10 tahun.. dari Feb 2002 hingga 2012.. dah naik tepu kepala otak ni wat keje penyelidikan je.. tanya je psl hal penyelidikan, insyAllah aku akan dpt jawab.. tp tension gak 10 tahun wat benda sama. Masalah sama je.. Dah baiki, jalan lancar, then masalah dtg kembali.. huh!

Bukan aku tak mau pindah, memang nak cari pembaharuan di pejabat lain. Hujung tahun 2011 aku de apply pindah jabatan, tp lum approve lagi. Rupanya Prof Omar yg kena approvekan pertukaran aku, sbb xtukar dlm sistem pegawai yg approve. Sedangkan masa tu Prof Omar dh jd TNC(A&A).

Aku de gtau Prof. Omar suh approvekan pertukaran aku.. Then apa prof cakap dgn aku?.. "Kalo saya approvekan awak tukar, TNC (PI) means Prof Noraini mesti kejar/cari saya".. hahaha... xpe nnt sy minta s/u tengokkan".... lega rasanya Prof. Omar ckp gtu..

Tapi aku ada gak terlepas ckp dengan Prof. Noraini psl aku nk tukar jabatan. Aku de jupe Prof. Noraini psl keje, then leh tercakap lak.. "Prof. saya dh naik tepu dok kat RMC ni, sy nak pindah jabatan, dh 10 tahun sy keje RMC, dh bosan dgn depa yg macam2 (berurusan psl penyelidikan)"..... Then Prof. jawab "eh, no.. no.. u jangan pindah. Keje smpai 20 tahun pun xpe kat RMC".. nanti kita sama2 baiki n ubah diorang tu"... dlm hati aku berkata "sapa la aku nk ubah depa".. prof xpela, TNC".. dan juga aku ckp dlm hati "ADA KU KISAH"... HAHAHAHA....



Pengarah baru lagi..

Bulan depan (Februari 2012) rasanya Pengarah baru RMC akan masuk opis.. Sebelum ni Pengarah RMC jalankan tugas dlm 6 bulan je.. Cepat masa berlalu.. kejab je Prof Omar jadi Pengarah RMC. Ada gak penambahbaikan dia buat dlm 6 bln tu. Aku suka cara dia urus RMC. Sekarang Prof Omar dh jadi TNC (A&A), then Prof. Dr. Sharil@Charil akan ambil alih jd Pengarah RMC pulak. Agaknya berapa lama lak lantikan Pengarah baru ni kan.. So tunggu dan lihat jela...

Thursday, December 1, 2011

Syukur...



Syukur kepada-Mu (Ya –Allah).. akhirnya aku dan suami dapat tinggal bersama.
Tahun depan 2012, hari baru bagi kami.. Dapat tinggal sebumbung dan menjalani kehidupan bersama.
Suami ku mohon pertukaran mengajar dari negeri Johor ke negeri Selangor. So permohonan telah pun diluluskan. Then abang dapat mengajar di SMK Kampong Soeharto, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Nampaknya lepas ni, leh plan nak beli rumah plak.. tapi tak tau area mana lagi..
Kalo sebelum ni, aku iron baju keje sendiri.. pasni kena iron baju keje suami ...
Kalo sebelum ni hanya basuh baju aku dan anakku.. pasni kena basuh baju aku, anakku dan suami..
Kalo sebelum ni kadang masak kadang idak, sebab perut sendiri... tapi pasni kena selalu masak sebab perut suami wajib diisi...
Kalo sebelum ni jumpa suami 2 minggu sekali.. tapi pasni hari-hari dapat jumpa suami... sebab dapat tinggal sekali..
Setelah beberapa tahun tinggal berasingan, tapi kini dapat tinggal bersama.., sungguh tidak ku duga, akhirnya masa untuk kami tinggal bersama telah tiba jua..
Aku mengharapkan agar bila dah tinggal bersama, kami dapat menjalani kehidupan yang harmoni, bertolak ansur, bekerjasama, sayang menyayangi, dan yang paling penting menjadi isteri yang solehah disisi suamiku selamanya.. amin...

Monday, November 14, 2011

Cerita ku..

Dah lama aku xupdate blog ni..

First sekali nk cite pasal cuti raya haji.. Cuti kali ni aku balik sg besar... Then terpaksa tinggalkan anakku kat kg.. Sebabnya, aku kena g bengkel kat Shah Alam.. Kena jadi urus setia la plak... Dah bertahun aku tak jadi urus setia tuk keje luar.. huhuhu...

Bengkel dari 8 – 10 Nov 2011, wat kat Grand Blue Wave Hotel Shah Alam. So fifi dok kat kg 4 hari la... Memang rindu sangat kat anakku, hari2 call mak tanya fifi watpe.. Then yang tak bestnya, fifi asyik cirit birit je sepanjang aku xde..
Masa aku kat Shah Alam lak, aku dapat berita gembira daripada abang.. Abang call, gtau permohonan pertukaran ke Selangor telah diluluskan. Ya Allah... aku bersyukur sangat bila dapat tau berita tu.. tapi tak tau lagi dapat sekolah mana.. so kena tunggu dan lihat jela.. Terima kasih kepada insan yang membantu... (Lieza n Dr... )

So tahun depan insya Allah kami akan tinggal bersama (mama, papa n fifi).. Amin..


Saturday, March 19, 2011

Ngok Wayang...

19 Mac 2011 (Sabtu)..
Aku kat kg sg besar masa ni... Kuar berdua je dgn abg.. Fifi tinggal kat umah mak.. Nasib baik fifi xngis... Kuar sebab aku nak cari tudung. Tapi sudah melencong daaaa... Kami g Kuala Selangor.. meredah hujan lebat, nasib naik kete.. hehehe... Sampai KS terus menuju ke Plaza 1. Ada panggung wayang.. Saja je singgah kot dapat tgk cite "Hikayat Merong Mahawangsa".. So aku pun g kaunter, ada banyak sit kosong.. tayangan jam 2:15 ptg.. apa lagi, terus beli tiket le... Ada masa 1 jam lebih sebelum tayangan.. Kami g TESCO jab, sebab mau beli botol susu utk fifi.. Botol susu sedia ada takleh pakai daa. Pastu solat dan makan.
Then sampai panggung memang masa tayangannya. Tayangan pun bermula.. Cite tu dari awal sampai akhir memang memerlukan ramai pelakon... Memang hebat... Aku rasa cite ni memang best, menarik dan mengkagumkan.... Kiranya berbaloi la g tgk cite ni..
Habis dalam kul 4 lbih sikit. Pastu saja jejalan dalam bangunan tu nak tgk apa lg yang ada.. Kat tingkat 3 ada bowling rupanya.. Huh! kalo ikut hatiku, nk je main bowling. Tapi sebab hari pun dh petang, fifi mesti rindu kat aku.. So apa lagi, balik umah le.....









Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Cantik tarikh harini kan, 11.1.11..
Tapi pada tarikh ni, kawan opis aku (Sarwat) telah kehilangan bonda tercinta untuk selama-lamanya.....
Pagi tadi dalam kul 11 lebih Sarwat call, bgtau mak dia sudah tiada.. Then aku pun bagitau member opis sume....
Tak lama pastu aku, lieza dgn yana g umah dia kat Taman Bernam.. Masa kami sampai, En Zarul dan En Ad sedang membaca yasin... Member opis aku yang lain sampai selepas itu..

Memang sedih sangat aku rasa.. Aku menitiskan air mata bila dengar dia bgtau mak dia telah tiada.. Aku sampai tak terkata nak bgtau kat member opis tentang hal ni.. just buat note.. Dah reda sikit baru aku leh bercerita...

Pastu lagi sedih sebab Sarwat tinggal berdua je dengan mak dia selama ni. So pasni dia dok sorang jela kat umah tu..

Apa pun, al-fatihah buat bonda Sarwat...