Wednesday, July 22, 2009

Pengalaman naik KTM SM..

14 Julai 2009 (Selasa)

Masa tu aku ada mesyuarat JPSS kul 9.00 pagi. Sementara menunggu ahli mesyuarat hadir, hp aku berbunyi.. So aku jawab, rupanya panggilan drp UTHM. So aku keluar bilik mesyuarat dan meneruskan perbualan.

Aku telah dipanggil untuk hadir temuduga di UTHM pada Khamis, jam 2.00 petang (16 Julai 09) kiranya lusa la. Surat akan diberi kemudian, tapi aku minta faks surat panggilan tu dulu sebab nk minta cuti. Wahhh macam xcaye la aku telah dipanggil..

So pas abis mesyuarat, aku call hb maklum tentang hal tu. Then menjadi persoalan sekarang ni, aku nak g bila dan naik apa ye?.... Pastu aku pun bgtau kat Lieza... So dia cadangkan kat aku supaya naik ketapi je... Hmmm baguih gak idea Lieza tu, memang menjadi. So keputusannya aku g naik ketapi.. Fuuuhhh merasa gak naik Ketapi Tanah Melayu. Selama 27 tahun, tu la 1st time aku naik ketapi. Kesian.... ish, ish, ish.... Sebelum ni naik komuter, star dan monorel je....

Petang tu gak pas opis, aku g stesen ketapi Tg Malim dgn lieza tanya tentang pembelian tiket. So tiket leh beli terus kat sana. Amik ketapi Tg Malim - KL Central (15/7/09) jam 1935mlm. Pastu KL Central - Kluang (16/7/09) jam 0035 tgh mlm (Ekspres Senandung Malam). Balik lak, Kluang- KL Central (17/7/09) jam 0053 tgh mlm. Aku amik ketapi yang ada katil. Masa pegi katil bawah, balik lak, katil atas.


15 Julai 2009 (Rabu)

Kul 7 lebih, lieza hantar aku ke stesen ketapi tg malim. So aku melulu terus naik jambatan untuk pergi ke landasan seberang. Dalam fikiran aku, hanya ketapi yg aku nampak tu lah yang aku kena naik. Ketapi setiap 45minit ke KKB tu. So aku terus je masuk ketapi tu. Sampailah masa ketapi aku ni nak berjalan, aku baru tau yang aku ni dah salah naik ketapi. Sepatutnya aku naik ketapi Ekspres Ipoh-KL Central yang baru saja berlalu 1minit lepas. Tu pun sebab bersembang dgn pakcik KTM, ada 2-3 orang masa tu. Then dia bagitau, tak tau lah aku ni sempat ke idak sampai KL Central.. Aku pun apa lagi, menggelabahla.. Aku memang xpenah naik ketapi sorang2. So mcm nak ngis pun ada gak. Tapi pakcik tu kabo, jangan risau insyAllah sempat sampai. Nanti kalo dh sampai Rawang, terus g naik komuter.

Bila sampai je kat Stesen Rawang, aku pun naik jejantas tuk pegi ke landasan seberang. Kebetulan komuter dah ada, so aku terus masuk. Kat dalam tu pun aku rasa risau gak. "Betul ke idak komuter ni"... Harap-harap semuanya berjalan lancar... Masa komuter dh bergerak, org KTM yang tau aku salah ketapi tu panggil. Dia bgtau, kalo komuter ni sempat sampai KL Central sebelum kul 9.30mlm, terus je naik atas dan terus pegi ke Platform yg sepatutnya. Kalo tak sempat, aku kena naik komuter ni sampai ke Seremban, so ketapi tu akan tunggu kat sana. Syukur alhamdulillah, komuter sempat sampai sebelum kul 9.30mlm. Aku terus bergegas ke Platform berkenaan, orang KTM tu memang tak lupa kat aku, so dia la yg tunjukkan jalan. Kebetulan dia pun nak naik ketapi tu gak coz nak balik umah dia kat Rembau. Masa sampai KL Central tu, penumpang belum naik ketapi Senandung Malam tu. So lega sangat.... Kiranya aku sampai tepat pada waktunya... Then terus menuju ke ketapi tu, dan masuk ke gerabak yang sepatutnya, sit no 24. So apalagi, masa untuk merehatkan diri yang dari tg malim xsenang hati... huhuhu...













katil aku....









pura-pura ZzzZzzzZZ...



Sampai Stesen Kluang jam 3.30 pagi, masa tu hb lum sampai lagi. Ketapi ni sampai awal dari masa yang dijadualkan. Ikutkan sampai kul 3.50 mcmtu... So tunggu la kejab... Then hb sampai dlm kul 3.50 pg, terus balik umah mertua aku kat kg seri merlong, perjalanan dalam sejam daripada Kluang.


16 Julai 2009 (Khamis)

Hari ni lah aku g interbiu kat UTHM tu. Kul 12.00tgh aku bertolah dr umah mertua ke UTHM. Aku drive sendiri bawa kete hb, sbb dia ngajar belah petang. Tiap kali ada simpang yang aku confius, aku akan berhenti dulu dan call hb untuk confirmkan jalan mana aku patut lalu. Then 12.30tgh aku dh sampai ke UTHM. Nasib le kat sana ada orang yang dikenali, so mudah le nak ke tempat interbiunya. Sebelum diinterbiu, kami yang hadir tu kena jawab soalan personaliti dulu. Kemudian baru dipanggil untuk interbiu face to face. Kat sana, masuk jumpa panel 4 orang sekali. So aku kumpulan pertama sebab nama aku atas sekali. Masuk bilik interbiu tu dekat kul 3 kot, then kami sume kuar dalam kul 3.45ptg. Fuhh.... lega rasanya dh bis interbiu tu. Aku pun terus balik umah le, nak melancong tempat lain bukan tau jalan... huhuhu...


17 Julai 2009 (Jumaat)

Hari ni aku keje, so masuk lewat sikit. Minta time off 2 jam. Aku naik ketapi daripada Kluang jam 0053tgh malam, then sampai KL Central jam 0625pagi. Dah sampai aku g solat dulu. Pastu terus platform untuk pergi Rawang yang akan berlepas jam 0700 pagi. Then sampai Rawang jam 0800 pagi. Aku ada masa 2jam untuk ke pejabat. Bila sampai Rawang, aku telah dengar makluman tentang komuter ke KKB jam 0825pagi telah dibatalkan dan komuter seterusnya jam 0925pagi. Hah!?.. terkejut le aku... jam 0925 pagi?.... kul berapa aku nak sampai ofis kalo macamni.... Aku pun kuar dr stesen tu, nk cari teksi ke bus ke... aku tanya akak jual nasi lemak kat ne nak cari teksi or bus. Dia pun bagitau area mana, so aku pun jalan menuju arah yang dimaklumkan. Sekali lagi aku tak tau nak naik apa, teksi or bus? Aku pun msg lieza tanya.... Keputusannya, aku naik teksi la walaupun kena caj RM60 ( 'kecek' punya pasal, dapatle RM55)... hehehe.... Aku sampai UPSI kul 9.00 pagi. Pastu amik kete terus balik umah. Then sampai UPSI semula jam 9.50pagi. Fuuuuhhhhh..... sampai pun ke pejabat sebelum jam 10.00 pagi.

Macam-macam hal.... masa pergi dh le salah ketapi, masa balik lak ketapi lewat.. Dugaan... Cubaan.... Rintangan...

Apa pun, aku telah selamat menjalani interbiu tu.. So tunggu jelah keputusannya lepas ni...

2 comments:

kakza said...

Salam Zura...

Bagus juga ada pengalaman macam tu, next time ok dah. Akak ni teringin sangat nak naik senandung malam yg ada katil tu, tapi tak berpeluang lagi.

Dah 46 thn hidup naik KTM baru sekali, komuter 2x, ERL 4x... jakun jer bunyinya kan...

Bila anak2 dah besar ni diorang ajak juga...tiap kali cuti sekolah merancang nak naik KTM ... tapi huby asyik sebok jer....huhu...nak gi ngan anak2 takut sesat ke ...haha...memang fobia...

Cemana eak nak naik Senandung malam ni kalau nak ke JB ke...

K@$iH @ZURA said...

Salam KakZa..

Tu la dh ada pengalaman naik ketapi ni, kira xdela takut sgt pasni..

Rasanya sama gak mcm saya kena beli tiket terus ke destinasi, contohnya nk ke JB.. so kalo saya turun kluang, ketapi tu mesti terus ke stesen seterusnya.. kena tgk next stesen ada tak berhenti kat JB..