Thursday, July 16, 2009

Tagged yg dh lama xjawab

CERITA BAGAIMANA KEKASIH, TUNANG, ATAU SUAMI KAMU MELAMAR...

Hmmmm… macamne ek nk mulakan cite kisah kami ni..

Perkenalan kami secara tak sengaja…. Semuanya bermula apabila aku dgn lieza pindah umah then tinggal lak berjiran dengan student upsi. Masa tu dalam tahun 2004 kot kami pindah kat umah kg ketoyong (umah 4 pintu).. Masa tu aku baru pas pisah dgn ex-bf aku.. then dia pun sama rupanya…. Baru pas putus dgn ex-gf dia…. Sebab masa aku perasan pun, muka dia serabai.. penuh jambang, xhensem langsung….. Tapi sebab aku hari-hari parking moto depan umah student tu, so kami sentiasa la gaduh, siap dia sepak-sepak dan tendang-tendang tayar motor aku.. mana aku x angin… ada je nk cari pasal dengan aku… Memula aku tak layan pun dia.. jual mahal la katakan... tapi hari-hari lieza dok cakap tentang student tu… (student yang aku maksudkan tu sekarang dh jadi suami aku)… Dia pulak, ada kawan serumah yang selalu nak ‘kenenkan’ kami berdua.. (abg din)… Kiranya jodoh kami ‘menjadi’ sebab ada kawan serumah….. Jadinya dah hari-hari kena usik oleh depa, aku pun terima dia sebagai kawan je dulu.. dia pun sama…. Myb sebab 2-2 teringat dek kenangan lama pastu sunyi pulak….. so kawan-kawan le dulu… Dia ada minta no tepon aku, pastu aku pun bagi le… then ada bagi emel sekali…. So kalo de sebarang soalan, kami akan berhubung melalui emel je.. walaupun hari-hari aku jupe dia.. kami tak akan bersoal jawab face to face… Aku rasa, cara emel lagi menarik kot…

Kami ‘declare’ lak bile ye?…. Hmmmm aku rasa xde….. kami berkawan terus je… kiranya masa berkawan tu serasi, so kami teruskan je perhubungan tu….. Sampailah dia habis belajar kat upsi pada tahun 2006… Lepas sebulan kot dia balik kg, dia datang semula ke Tg Malim dengan ayah, mak dan adik dia sebab nak amik barang. Kebetulan dia tumpang barang kat umah aku. Masa tu aku dah pindah, dok kat umah hulu bernam. Masa tu aku tak terfikir le plak dia bawa mak ayah dia sbb nak tunjuk kat depa yang aku ni ”kawan dia”.. so masa depa sampai umah tu waktu malam, aku pakailah baju tido.... baju t-shirt dan suar had lutut tu. Nasib baik le mak ayah dia tak reject aku.... Kalo tak, hubungan kami mesti terhenti......so hubungan ini diteruskan melalui perhubungan jarak jauh.. Dari situ dia bagi satu ayat tentang perhubungan ini “kalo ada jodoh, kita akan disatukan”….. jadinya, kami hanya berhubung melalui sms dan tepon saje… aku dapat rasakan keikhlasan dia terhadap aku.. so aku tak mau perhubungan ini di sia-siakan… aku percaya je lah, walaupun kami dok berjauhan… kami hanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing…

Lepas daripada itu, kami memang tak jupe langsung….. Cuma dia ada datang upsi lagi dalam bulan 7 kot sebab nak amik jubah untuk konvo bulan 8…. Masa tu la kami jupe… tu pun kejab je, dalam 10 minit rasanya… Konvo tahun tu wat kat PICC... time tu aku xde pun, g umah sepupu kawin kat Bandar Baru Uda, JB.
Macam xpercaya, hubungan kami dari 2004-2006 masih terjalin…. Lepas dia konvo dia ada cakap, kalo dia dah ngajar setahun, dia akan masuk minang.. so dia minta aku tunggu je.. masa tu pun aku tak kisah lagi… bukan nak kawin cepat-cepat pun…. Then bila dia dah posting hampir setahun, dia datang merisik pada 7 Februari 2008. Pastu kami bertunang pada 17 Ogos 2008 dan kemudian kami disatukan pula pada 30 Mei 2009 (Nikah).... Kenduri umah aku, 31 Mei 2009 dan kenduri belah laki lak pada 28 Jun 2009...

Jadinya, begitulah ceritanya.........


Sori la Lieza, coz lambat sangat jawab tag ko ni..... huhuhu...

No comments: