Tuesday, October 13, 2009

Cite Aku..

28 September 2009 (Isnin)

Hari ni g klinik checkup bulanan tu. Pastu berat badan aku turun la.. 1.5kg lak tu.... huhuhu, so tinggal lah ...... kg. Aku dh makan banyak pun berat leh turun.. Tapi mungkin aku tau sebabnya.... aku dh lama xminum susu. Dulu bukan main beria lagi minum susu, pastu dh xminum.. Pasni, aku akan cuba untuk meneruskan minum susu tu.


2 Oktober 2009 (Jumaat)

Hari ni g klinik lagi, dalam kul 9.30 minta tolong yana hantarkan. Aku xde kenderaan time ni, so kena la minta tolong.. hehehe.. Hari ini aku scan baby.. so nampak lah bentuknya... Pastu badan aku ni naik merah-merah kat tangan, kaki, gatal yang teramat sangat. So nurse yang scan aku tu soh jumpa doktor minta check. Dah jupe doktor tu, bagi ubat sapu je... tempoh 1minggu diberi. Minggu depan kena datang semula untuk lihat ada perubahan or tak.


8 Oktober 2009 (Khamis)

Pagi tu g klinik seperti yang telah dijanjikan untuk jumpa doktor. Xde perubahan sangat pada tangan aku ni. Pastu kat keliling mulut lak, kalo sebelah petang akan jadi kering dan menggelupas teruk. Nak buka mulut pun payah. Siap pakai mask lagi untuk cover mulut ni. Doktor ni pun xtau nak watpe, so refer pada yang pakar le. So akan ada temujanji dengan doktor pakar – tarikhnya 12 Oktober 2009 (Isnin depan).

Pastu doktor tengok gambo scan baby tu, doktor cakap baby aku kecil, xmungkin due awal bulan 2, so doktor wat scan semula. Pastu tarikh jangka bersalin yang asal tu tak betul (misi memula yg buka buku pink tu salah kira daaa...) so duenya dalam hujung Mac 2010. Kiranya masa scan hari ni, baby aku dah 4 bulan (16 minggu, 1 hari)


9 Oktober 2009 (Jumaat)

Hari ni hb aku datang, sebabnya nak tukar kete. Kete dia dh siap dibaiki. Minggu lepas hari sabtu (3 Oktober 2009) aku dengan lieza g amik kete dia kat subang. Dari sini kami naik komuter sampai la Sg Buloh. Pastu nak ke subang, lieza minta tolong kak/abang ipar dia. So 1minggu le aku pakai kete hb untuk g keje.


12 Oktober 2009 (Isnin)

Appoiment dengan doctor pakar

Kul 2.15 ptg, aku g klinik coz ada temujanji dengan doctor pakar tentang kes aku ni. Ayoyoyo.... doktor pakarnya takde la plak... Pastu nurse kat kaunter tu kata ”doktor pakarnya xdelah, ada bg ceramah”, biasalah doktor... last minute ada tugas luar. Hmmm.. yele tu.... aku iyekan jela.. malas nk tanya lebih-lebih.

Nurse kat kaunter tu suh aku jupe doktor biasa. Dah patut kena jupe doktor pakar, suh aku jupe doktor biasal la plak.. Hmm.. layan le jugak... Doktor biasa tu pun tak nak check aku.. dia pun tak tau nak watpe.. Siapa la dia berbanding doktor pakar yang sememangnya pakar dalam bidang perubatan ni kan..... Lagipun aku tengok doktor biasa tu macam doktor praktikal aje... muda sesangat... ”betul ke doktor ni”?.... So kena la kenala buat temujanji semula. So tarikhnya 19 Oktober 2009 (Isnin akan datang).

Nurse kat klinik baby tu pun hairan, depa tak dimaklumkan tentang doktor pakar tu xde petang ni. So dimana silapnya dalam hal ini?.... Nurse di klinik baby?.. Pembantu Doktor Pakar? Ataupunl Doktor Pakar itu sendiri?....

No comments: