Saturday, September 26, 2009

Raya

Raya kali ni beraya umah mertua, kenala masak kalo dok sana. Hehehe.. Aku ni bukan reti sangat memasak. Jadinya sehari sebelum raya aku masak kuah kacang dengan rebus nasi impit aje. Aku rasa, orang lain mesti masak macam2 kat umah mertua diorangkan, tp aku, huhuhuhu.. Nasib le dapat menantu mcm aku ni... Masa petang last buka posa lak, aku masak gulai@kari ayam.. So leh makan sekali dengan nasi impit yang dh direbus td.. Alhamdulillah menjadi gak... Malam lak aku tambah air + gula + garam sikit kat kuah kacang tu, coz siang td xdpt rasa..

Malam lak dalam kul 10.40 pas iron bj abg, kami kuar g pekan rengit (aku, abg, yep, dar & idah). G tempat jual barang2, macam pasar malam. Coz depa ada benda nk beli. Pastu baliknya aku teringin mkn roti canai. Masa tu dah jam 12.00tgh mlm, kebetulan kedai tu memang ada jual pun. So, beli le.. Sampai umah je, aku tukar baju then terus makan sorang2 kat dapur... memang lapo bebeno gayanya.. dekat 2keping aku makan. Pas siap makan, iron baju kurung tuk aku plak.. Then masuk tido jam 2lebih. ZZzzzZZZzzzzz......


Raya Pertama (ahad)

Beraya dengan family mertuaku.. Dalam jam 11.30 pg bergerak ke umah mak jang kat kg tu gak. Kat umah mak jang, makan nasi ayam. Tapi aku makan xbanyak pun, sebab kenyang lagi. Pastu beraya ke umah mak long kat Sri Medan, Batu Pahat. Jauh betoi umah mak long ni, serupa masuk felda, dekat 2jam camtu perjalanan. Ngtuk lagi + lapo.. sbb kete beraircond. Sampai umah long, apa lagi, makan le.. Petang pas asar, g beraya umah mak ngah lak, dekat dgn Hospital Batu Pahat. Kat umah ngah pun makan lagi. Waahh, memang kenyang hari ni asyik makan aje.. Bukan makan ringan2.. sume makan nasi. Dekat kul 7, bertolak balik umah.




abg dgn Dar nk g masjid





sebelum g beraya




dengan abah, yep n abg


Tak banyak gambo pun... huhuhu...


Raya Kedua (isnin)

Bangun pagi pas solat subuh, tolong mak mertua kat dapur masak nasi lemak. Sebabnya pagi ni ada baraan kat kg, then umah abah adalah umah 1st dalam jam 9.30pg dh mula. So aku tolong kupas bawang je. Pastu wat sambal tuk nasi lemak tu. Nasib le menjadi, belasah ajelah, kira leh makan dh ok... Ikan bilis goreng + kacang tanah goreng, pastu wat telur dadar n timun. Memula sambal tu macam xcukup, sbb aku tak tau nk bajet banyak mana sambal tu, tp mak mertuaku kata, ok je banyak tu, so layan jela. Tp mak aku wat sambal lain lagi tuk backup sambal yang mcm tak cukup tu. Kebetulan cili yg dh blande masih ada lagi. Akhirnya, habis gak sambal aku tu. Ntah apa rasanya, aku makan je. Hb kata, ok. Cuma Dar (adk ipar) je kata xpedas, sebab budak ni memang suka makan yg pedas. Kalo aku ikut budak ni, kepedasan le aku dan dll. Then sambal yang mak wat lain tu masih ada lagi, so leh makan lagi esok.
Dah siap wat sume, aku kelam kabut le iron baju melayu hb, coz dia pun baraan sekali. Nasib le sempat iron bj melayu tu. Dah selesai sume apa lagi, aku lak makan, sbb sudah lapo dan mau rasa sambal yg aku wat tu.. Lama gak baraan hari ni, dekat kul 3 lebih baru selesai, esok sambung lagi.

Belah petang lak dalam jam 5.30 g beraya kat umah sedara area kampung tu gak. Dekat kul 7 baru balik umah. Malam lak aku x g mana, rehat kat umah je.



Raya Ketiga (selasa)

Pagi, pas solat subuh aku g dapur cadang nak masak nasi. Pastu mak suh masak nasi lemak lagi, sebab semalam Dar cakap dia tak puas makan nasi lemak. Kebetulan kelapa parut ada lagi dalam peti ais. Pastu sambal tambahan yang mak wat semalam pun masih ada lagi. So layan jela... Pastu goreng ikan bilis, wat telur dadar dan hiris timun. Harini ada baraan lagi, sambung yang semalam sampai tengah hari je. So kena iron bj melayu tuk hb lagi. Dah siap iron bj tuk abg, aku iron bj kurung aku lak, coz petang nnt nk g beraya lagi kat umah Kak Mar (anak maklong) kat Bandar Batu Pahat. So pas zohor dalam kul 2.30ptg bertolak ke sana.

Then balik dr umah kak mar takde g beraya lagi. Mak, Abah, Yep dan Idah balik umah. Kami lak g cuci mata kat shopping complex, BP Mall. Hehehe... Orang lain g beraya, yg kami dok tgk wayang. Abg ajak tengok wayang, so aku layan je. So kami g tgk Jin Notti, tayangan 7.30mlm. Pas solat magrib kami pun layan wayang. Xbest sgt la cite tu. Ngtuk aku dlm panggung, siap terlelap sat. Huhuhu.. Sbb dh bayo tiket, so layan je sampai abis. Dh abis tgk wayang, g raya umah kawan abg kat area Batu Pahat lak. Then sampai umah dlm kul 12tgh mlm camtu. Wahh, ngtuknya esok nak balik sg besar lak, beg tak kemas lagi. Huhuhu....

No comments: