Friday, January 7, 2011

Report Card

Hari ni ada Hari Terbuka Taska Permata UPSI bagi Tahun 2010 yang sepatutnya diadakan pada 31 Dis 2010 yang lalu. Tapi disebabkan Malaysia menang Bola Sepak Piala Suzuki so Pak Najib telah berbesar hati memberi cuti pada hari tersebut. So sambutan tu terpaksa ditunda pada hari ni.

Oleh yang demikian, pada hari ni juga diadakan acara penyerahan rekod perkembangan kanak-kanak semua peringkat umur dari bayi sehingga 4 tahun.

Tak sangka la pulak ada acara macam ni tuk kelas bayi.. Apalah agaknya yang akan dibagitau tentang perkembangan anakku si Fifi tu ...

Jeng.. Jeng.. Jeng.......

Tadi aku dh jumpa pengasuh yang jaga anakku itu.. Cikgu Ina yang baru lagi jaga anakku dalam sebulan lebih rasanya... sebelum ni orang lain yang jaga...

So inilah serba sedikit kisah si FiFi yang hari ni sudah berumur 9 bulan1 minggu.

Pertama dari segi fizikal - fifi akan menggoyangkan kaki apabila berada di atas bonzer atau enjut untuk menggerakkannya sendiri. Hebat sungguh anak mama ni.. sebab bayi yang lain tidak begitu.. Dari manakah fifi belajar enjut sendiri? Hanya fifi sahaja yang tahu jawapannya.. Hahahaha... Fifi pun tau guna jari telunjuk dan ibu jari untuk mengutip sesuatu objek serta membuka dan menutup tangannya.

Dari segi Sosio Emosi dan Kerohanian pula - boleh tunjuk ekspresi muka melalui senyuman, menangis, marah, gembira dan geram.

Dari segi Bahasa dan Literasi Awal - fifi boleh bertindak balas kepada perkataan "mari sini" apabila namanya dipanggil....

Untuk Pra-Matematik dan Logik - kat sini kena tengok dari segi logik la ek.. Fifi kalo tengok sesuatu objek yang bergerak, dia akan merenung sampaila objek tu berhenti..

Yang kelima pula Estetika dan Kreativiti - contohnya Fifi akan ketawa dengan riang apabila diberikan gambar-gambar yang berwarna-warni, so Fifi akan suka dan memberi tindak balas. Selain tu juga, fifi suka / gelak mengekek apabila ada kawan sebaya bermain dengannya..

Dan yang terakhir tentang Sensori dan Pemahaman Dunia Persekitaran - Fifi juga akan di bawa berjalan di luar kelas - so Fifi akan menunjukkan tindak balas pada bunyi yang dia dengar. Fifi juga suka meneroka sekeliling kelas means seluruh ceruk di dalam kelas. So kalo baju fifi tu kotor, mama kenala faham...


Tambahan

- Fifi juga suka mengusik abg Faidhi untuk ajak bermain.. so ketawa dia lebih daripada ketawa dengan mama dan ibu lieza. huhuhu..
- Fifi kat kelas kalo minum susu pandai pegang sendiri sampai la susu habis dan buang botol kalo dh kosong. Tapi bila kat umah, mama terpaksa tolong pegangkan botol susu tu. Nampak sangat anak mama ni mengada tau...
- Sekarang fifi sudah ada 2 batang gigi belah atas.
- Fifi masih tak boleh duduk sendiri, tapi boleh duduk dengan bantuan orang lain.
- Fifi belum merangkak lagi....


Secara keseluruhan - Fifi merupakan seorang kanak-kanak yang suka dimanja dan diberi kasih sayang..

Memang pun... anakku ini manja lebih. Tapi dengan ibu lieza lagi manja kot. Huhuhu...


Ada gambar aktiviti jugak dalam report card tu....


alahai anak mama ni.. watpe tu?.. baca buku ye..



tomeinya tapak tangan dan tapak kaki fifi ni...



ni cover depan report card tu.. excited sangat nak amik kan.. mama tak pasan ejaan nama fifi tu salah. Mama dah sampai opis baru perasan...
Nama yang sebenar : NUR SORFINA AFZA' BINTI SAIFUL WIZANI..


Seronok rasanya hantar anak kat TASKA UPSI ni, sebab kecik-kecik lagi dah ada rekod perkembangan kanak-kanak kelas bayi. Kalo hantar kat luar tu, agak-agak ada ke camni ek?..

Apa pun aku kena ucap terima kasih bebanyak kat lieza sebab tolong dapatkan tempat untuk aku hantar fifi kat kelas bayi ni...




No comments: