Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Sambung cite untuk Mac 2013



Mac 2013...

aku nak sambung cite untuk bulan Mac 2013 pulak...

1 Mac 2013 (Jumaat)..

Hari tanpa masalah.. sebabnya tak perlu nak fikir pasal masalah keje kat opis.... Hari untuk aku lepaskan stress.. Hehehe... Hari ni adalah Hari Karnival Sukan Staf UPSI 2013...  telah diberi pelepasan waktu bertugas.... so satu opis telah turun padang join perakaran rumah sukan.. Rumah kami adalah Rumah Aminuddin Baki (Ungu)...... Semua kakitangan yang berkaitan turut serta untuk memberi semangat kepada ahli rumah sukan yang akan bertanding.... Aku tak masuk apa-apa sukan pun tapi kena jadi pom-pom girl... huhuhu..... layan jela....



sedikit gambar rumah AB = Aminuddin Baki





Keputusan keseluruhan, rumah AB dapat tempat ketiga... Okla tu...

Rumah AB terdiri daripada gabungan PTj seperti berikut:

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)

Akademi Pendidikan/ Sekolah Makmal
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPP)
Makmal Penyelidikan Pendidikan
Pusat Latihan Mengajar & Industri
Institut Peradaban Melayu (IPM)
Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa


Ketua Kontinjen pulak adalah : TNC(PI)...


Memang satu hari suntuk aku join bagi sokongan kat team AB ni... bukan main sorak lagi.. lupa dunia jadinya... apapun, hari ni memang hari aku lepas stress..... lupa sekejab masalah keje kat opis.. memang best sangat... 

Karnival ni dijalankan dalam masa 3 hari je... Dari hari Jumaat - Sabtu... Aku bagi sokongan hari Jumaat je..


2 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ini memang cadang nak g upsi, nak tengok team AB lawan bola jaring.. tapi datang kejab je... pastu balik g lepak umah lieza sampai tengah hari...

Balik dari umah lieza, aku singgah farmasi beli pregnant test, saja nak test sebab dekat sebulan tak datang period... sampai umah je, aku terus try... dan syukur 2 line, means aku sahla mengandung... pastu memang saja letak pregnant test tu kat bilik air.. tak bagitau pun kat abg... nak suprise le konon... wakakaka.... 


9 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ni aku balik kampung sg besar.... Aku boleh tak ingat langsung hari ini adalah hari jadi suamiku.. huhuhu... teruk betoi... sebelum ni memang tak penah aku lupa hari jadi abg... hari sebelum tu aku ingat tapi belum sampai waktunya... tapi bila sampai waktunya boleh lupa... dekat tengah hari baru dia tegur aku..... "sayang tak wish abg pun".... aku lak jawab, "wish apa"?... pastu baru tersedar.... oppssss sori ye.... sayang terlupa..... nasib le abg tak merajuk... kalo aku yang kena agaknya, mesti muncung je... hahahaha..... tapi tak celebrate apa pun...  yang penting suamiku sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dapat jaga kami sekeluarga... 'Happy Besday Abg'...




16 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ni aku kena datang opis sebab nak siapkan ERGS.... Hari isnin dah nak hantar ke KPT. So kena datang opis bawa fifi.. Papa ada sekolah ganti so fifi kena bawa ke opis.... sampai opis, Sumarni (wife sarwat) datang bawa anak sedara dia.. Su ni staf sambilan kat sini, so minta bantuan dia la untuk tolong aku siapkan ERGS ni..

Layan gambor depa... Anak aku nak masuk 3 tahun.... anak sedara Su plak, nak masuk 2 tahun. Tapi besar dan tinggi lebih kurang je... Baju dah la sama warna.... muka lak aku tgk lebih kurang je budak-budak ni... hehehe... macam2...






22 Mac 2013 (Sabtu)

Hari ni kami balik kampung Johor plak.... aku mohon cuti hari isnin-selasa, kebetulan cuti sekolah, so lama sikit balik johor...

Ontway balik johor tu memang jem sikit... sebabnya ada kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan....





Pastu abg kuar highway kat Melaka, then lalu lebuhraya AMJ... kat sana kami singgah RnR dia.. kebetulan ada group motor beso plak baru nak gerak ...







Lepas makan, kami teruskan perjalanan... pastu kami singgah satu tempat ni.. aku tak tau apa namanya.. layan gambo jelah ye... hehehe




jambatan gantung 









sempadan antara Melaka dan Johor....



















Sunday, July 22, 2012

Jalan-jalan Fraser Hills

Salam Ramadhan buat semua..
Cite ni dh lama, awal bulan dulu.. Aku tak sempat nak tulis blog...
Kawan abg call suh mai Fraser Hills, depa ada family day tapi ramai yang tak datang. Penginapan dan makan adalah ditanggung semua.. Wahh.. dengar camtu okla.. Aku pun belum pernah ke sana.. So ini kali pertama aku ke Fraser Hills.


Sebenarnya hari tu kami cuci rumah baru.. So ikutkan aku malas gak nak ke sana.. Tapi kwn abg call lagi dalam kul 5.. Aku ikut je, sebab yang nk drivenya abg.. So kami gerak ke sana dalam kul 6:15 ptg smpai dalam kul 7:30 camtu..


Masuk gmbar ni dlu.. nnt baru masuk gmbr lain..














ni air terjun sebelum sampai ke Fraser Hills




Tuesday, July 3, 2012

Selamat Hari Bapa..

AKTIVITI DI TASKA SEMPENA HARI BAPA..
Donut buat papa sempena Hari Bapa..
Fifi buat untuk papa..


Tak sabar nak makan bila dah sampai umah.. Makan sama papa..

Saturday, March 3, 2012

Urus setia...

Ni cite bulan Februari yang tak sempat nk cite sbb gambor baru upload dr hp ke pc..
Aku jadi urus setia.. Seminar ni wat kat Ipoh... Malas nk cite panjang, tengok gambor je la ek...

















Friday, January 7, 2011

Report Card

Hari ni ada Hari Terbuka Taska Permata UPSI bagi Tahun 2010 yang sepatutnya diadakan pada 31 Dis 2010 yang lalu. Tapi disebabkan Malaysia menang Bola Sepak Piala Suzuki so Pak Najib telah berbesar hati memberi cuti pada hari tersebut. So sambutan tu terpaksa ditunda pada hari ni.

Oleh yang demikian, pada hari ni juga diadakan acara penyerahan rekod perkembangan kanak-kanak semua peringkat umur dari bayi sehingga 4 tahun.

Tak sangka la pulak ada acara macam ni tuk kelas bayi.. Apalah agaknya yang akan dibagitau tentang perkembangan anakku si Fifi tu ...

Jeng.. Jeng.. Jeng.......

Tadi aku dh jumpa pengasuh yang jaga anakku itu.. Cikgu Ina yang baru lagi jaga anakku dalam sebulan lebih rasanya... sebelum ni orang lain yang jaga...

So inilah serba sedikit kisah si FiFi yang hari ni sudah berumur 9 bulan1 minggu.

Pertama dari segi fizikal - fifi akan menggoyangkan kaki apabila berada di atas bonzer atau enjut untuk menggerakkannya sendiri. Hebat sungguh anak mama ni.. sebab bayi yang lain tidak begitu.. Dari manakah fifi belajar enjut sendiri? Hanya fifi sahaja yang tahu jawapannya.. Hahahaha... Fifi pun tau guna jari telunjuk dan ibu jari untuk mengutip sesuatu objek serta membuka dan menutup tangannya.

Dari segi Sosio Emosi dan Kerohanian pula - boleh tunjuk ekspresi muka melalui senyuman, menangis, marah, gembira dan geram.

Dari segi Bahasa dan Literasi Awal - fifi boleh bertindak balas kepada perkataan "mari sini" apabila namanya dipanggil....

Untuk Pra-Matematik dan Logik - kat sini kena tengok dari segi logik la ek.. Fifi kalo tengok sesuatu objek yang bergerak, dia akan merenung sampaila objek tu berhenti..

Yang kelima pula Estetika dan Kreativiti - contohnya Fifi akan ketawa dengan riang apabila diberikan gambar-gambar yang berwarna-warni, so Fifi akan suka dan memberi tindak balas. Selain tu juga, fifi suka / gelak mengekek apabila ada kawan sebaya bermain dengannya..

Dan yang terakhir tentang Sensori dan Pemahaman Dunia Persekitaran - Fifi juga akan di bawa berjalan di luar kelas - so Fifi akan menunjukkan tindak balas pada bunyi yang dia dengar. Fifi juga suka meneroka sekeliling kelas means seluruh ceruk di dalam kelas. So kalo baju fifi tu kotor, mama kenala faham...


Tambahan

- Fifi juga suka mengusik abg Faidhi untuk ajak bermain.. so ketawa dia lebih daripada ketawa dengan mama dan ibu lieza. huhuhu..
- Fifi kat kelas kalo minum susu pandai pegang sendiri sampai la susu habis dan buang botol kalo dh kosong. Tapi bila kat umah, mama terpaksa tolong pegangkan botol susu tu. Nampak sangat anak mama ni mengada tau...
- Sekarang fifi sudah ada 2 batang gigi belah atas.
- Fifi masih tak boleh duduk sendiri, tapi boleh duduk dengan bantuan orang lain.
- Fifi belum merangkak lagi....


Secara keseluruhan - Fifi merupakan seorang kanak-kanak yang suka dimanja dan diberi kasih sayang..

Memang pun... anakku ini manja lebih. Tapi dengan ibu lieza lagi manja kot. Huhuhu...


Ada gambar aktiviti jugak dalam report card tu....


alahai anak mama ni.. watpe tu?.. baca buku ye..



tomeinya tapak tangan dan tapak kaki fifi ni...



ni cover depan report card tu.. excited sangat nak amik kan.. mama tak pasan ejaan nama fifi tu salah. Mama dah sampai opis baru perasan...
Nama yang sebenar : NUR SORFINA AFZA' BINTI SAIFUL WIZANI..


Seronok rasanya hantar anak kat TASKA UPSI ni, sebab kecik-kecik lagi dah ada rekod perkembangan kanak-kanak kelas bayi. Kalo hantar kat luar tu, agak-agak ada ke camni ek?..

Apa pun aku kena ucap terima kasih bebanyak kat lieza sebab tolong dapatkan tempat untuk aku hantar fifi kat kelas bayi ni...