Thursday, March 14, 2013

Lamanya Menyepi...


Dah masuk tahun 2013 pun.. tengah bulan Mac baru nak update blog aku.. Lama bebenor rasanya aku tak cite apa-apa kat blog ni...

Apa pun, akan dihimpunkan cerita secara ringkas je..

Jan 2013... 

Tiada apa pun yang menarik pada bulan Jan untuk aku  ceritakan.. cuma ada satu je untuk aku kongsikan bersama... Rakan pejabat aku dah berhenti kerja. Sedih ? memang la sedih sebab beban sume turun semula kat aku.. walaupun ada staf sementara or sambilan tapi berapa lama je mereka akan berada di sini? Memang rugi sangat sebab dia berhenti kerja tetap.. Apa pun aku kena teruskan kerja aku di sini... 

Feb 2013...

Bulan ni memang sangat sibuk.. Sibuk menguruskan permohonan FRGS penyelidik. Macam2 yang perlu ditempuh.. Jika dulu aku hanya mengumpul semua permohonan mereka dan menguruskan penghantaran terus ke KPT , dengan lebih mudah kami sebagai posmen yang menghantar seberapa banyak permohonan yang diterima. Tetapi bermula tahun 2013, segalanya telah berubah.. Kami yang perlu menapis semua permohonan yang diterima. Membuat penilaian dan ada pulak sesi Penaziran.. Ooohhh macam2 yang perlu aku buat... Bermakna kami hanya akan menghantar permohonan yang 'High Recommeded' sahaja... Memang ramai yang tidak puas hati kenapa permohonan mereka tidak sampai ke KPT... apa pun aku hanya yang menjalankan tugas.... aku hanyalah 'ikan bilis' sahaja... bukan 'ikan jos'... :-)..

Pastu staf sambilan/sementara yang banyak membantu aku sejak staf tetap tu berhenti pulak, akan berpindah ke PTj lain pada bulan depan.. Lagi sedih la aku... Beban lagi nampaknya... Stress betul kalo dok pikir benda ni... Apa pun, keje aku teruskan jugak. Buat semampu mungkin... Walaupun ada lagi staf sambilan yang lain/baru, tapi tidak sama dengan sambilan/sementera yang memang lama keje kat sini dan banyak tolong aku uruskan hal penyelidikan.

Untuk cite bulan Mac 2013...

akan bersambung...















No comments: