Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Salam Aidil Fitri..

Hari ni dh 16 Syawal 1432H, rasanya tidak terlewat lagi untuk aku ucapkan Salam Aidil Fitri buat semua..













Raya tahun ni, aku beraya di Johor dulu.. Sedikit coretan sempena hari raya kali ni..

26 Ogos 2011 (Jumaat) - Jam 9.00 malam, abang baru sampai umah kat tg. malim.
27 Ogos 2011 (Sabtu) - Kuar cuci mata kat Rawang.. g Tesco n Giant (Besar)..
28 Ogos 2011 (Ahad) - Dalam 10.30 pg, balik johor. Sampai sana dalam 5.00 petang. Singgah BP Mall, Batu Pahat. Sekali lagi cuci mata kat sana. Pastu berbuka puasa di chicken rice shop. Sampai umah mertua ku sekitar jam 10.30 mlm..
29 Ogos 2011 (Isnin) - Duk umah saje.. Masak rendang daging dan rebus ketupat segera..
30 Ogos 2011 (Selasa) - Hari Raya Pertama - Beraya umah mak njang dengan umah mak long.. Mak mertuaku boleh berjalan dah, tapi kena pakai tongkat bentuk 'U' supaya mudah untuk bergerak/berjalan.
31 Ogos 2011 (Rabu)- Dok umah saja, sebab abang ada baraan kat kg.. then abang bawa fifi sekali g baraan. hehehe..
1 Sept 2011 (Khamis) - Bersiap untuk balik raya sg besar lak.. Kuar umah dalam jam 10.30 pg. Singgah umah kawan abang kat area kg. Then sampai Shah Alam jam 6.30 petang, singgah umah pak ndak kat batu 3 Shah Alam. Jam 8.15 malam balik umah mak terus, sampai umah sekitar jam 10.30 mlm..
2 Sept 2011 (Jumaat) - pas solat jumaat, g raya kg, umah mak long dan sedara mara..
3 Sept 2011 (Sabtu) - g beraya umah kakak ku yg kedua di parit 2 1/2 timur... umah kakak ku yg pertama lak, dia xdak kat umah. Then g beraya umah kawan sekolah ku di parit 1 barat - rumah zubaidah.
4 Sept 2011 (Ahad) - beraya umah jiran di taman umah mak aku lak.. umah sebelah..
Petangtu abang balik johor.. Gerak dr sg besar dalam jam 6.00 petang. Then abg smpai johor jam 12.00 tengah malam.
5 Sept 2011 (Isnin) - aku cuti so petang baru balik tg malim. Abg Wan dgn mak n adik aku tolong hantar ke tg malim..
6 Sept 2011 (Selasa) - keje le.. banyak keje menanti di pejabat.. huhuhu...

Thursday, February 10, 2011

Cuti Raya Cina

Cuti Raya Cina aku balik kg sg besar.
Abg plak, mmg dh balik 29 Jan 2011, sebab sekolah dia amik cuti awal. So lama la dok kat sini dalam seminggu cmtu..

Hari Rabu 2hb Feb tu, adik aku masuk spital sabak, sebab asma. Hari tu jugak, anakku fifi demam panas. Nasib le abg ada, aku suh datang amik sebab nk bw fifi g klinik. Sempat gak bawa ke klinik kesihatan UPSI, sebelum kul 1.

Petang pas opis, terus balik sg besar.

So cuti aku masa raya cina tadi, tak kemana pun. Dok umah je pastu melawat adik kat spital.










Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Raya haji kali ni aku dok umah tg malim je... Aku tak g memana, tak balik sg besar pun sebab cuti sehari je, hari rabu. Pastu aku pun tak apply cuti. Abg pun tak balik gak, sebab hari jumaat dh last cuti sekolah.

Nasib le abg dapat pengganti tuk jaga exam SPM, so lama la sikit akan dok tg malim.. Tapi abg stil akan balik bt pahat gak sbb ada hal nk buat kat sekolah. Tak kisahla, yang penting ada lebih masa dengan aku n fifi.




Sunday, October 17, 2010

Tepek je

Dah lama aku xupdate blog ni.. Sampai raya pun dah bis, xde pun cite pasal raya 2010 ..
Sebab bulan Syawal pun dh berlalu, aku just tepek jelah gambo raya 2010 yang ada...

mama & papa & fifi....



family kak za... mak aku + anaknya + cucunya...


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H...
Tahun ni aku beraya kat kg Sg Besar...
Raya kali ni sudah bertiga...
Tak pasti balik johor raya ke berapa..
Mak mertuaku telah keluar wad... so dapat le beraya di rumah.. tp yang tak bestnya kaki ada arial ...
Adik ipar lak, simen dgn arial dh dibuka....
Syukur semuanya selamat.

Kepada semua, mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terguris kata, kesilapan yang tidak disengajakan dan tanpa disedari... Diharapkan Syawal kali ni penuh makna buat semua....