Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 1430H



Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ini..
Esok dah mula berpuasa untuk Ramadhan tahun ni yakni pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Walaupun negara kita masih lagi dibayangi oleh wabak penyakit influenza H1N1, namun aku harapkan agar bulan yang mulia ni, kurangkanlah insan-insan yang bakal dipanggil oleh-Nya.. yakni tiada sebarang kematian pun pada bulan Ramadhan ini.. tapi jika ia berlaku jua, maka itu adalah takdir yang Maha Esa (Allah yang menentukan segalaNya).

Oleh itu, pada masa bulan yang mulia nnt hendaklah kita melakukan ibadat yang wajib dilakukan iaitu berpuasa dan juga melakukan ibadat sunat yang lain.


Disini SAYA JUGA INGIN MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan. Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah sepanjang bulan yg mulia ini..amin..


Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan

doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

No comments: