Wednesday, August 12, 2009

Hepi Besday ....

Harini genap usiaku 27 tahun.. Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan usia ku.... Semoga apa yang telah ku lalui sepanjang hidup ini, diredhai olehNya.. Kuharapkan juga agar kesihatan ini stabil sepanjang hayat, dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa bersama suami tersayang dan juga teman-temanku.

Kali ni juga aku menyambut hari lahir sebagai seorang isteri. Kiranya dah ada insan tersayang berada disisi untuk menyambut hari lahirku ini. Walaupun berjauhan, namun hb tidak pernah lupa hari lahirku. Jam 12.02 tgh malam hb sms wish besday kat aku. Memang ku nantikan sms darinya. Kerana setiap tahun sebelum ini pun, dia memang tak penah lupa wish kat aku.. Moga-moga tahun mendatang begitu juga.. Pagi tadi pun dia call wish lagi.. Aku juga bersyukur kerana tahun ini Allah telah memberiku 'hadiah' yang cukup bermakna buat kami berdua. So kena tunggu tahun depan dalam bulan 3..insyAllah... Oleh itu, aku kena beringat dan berjaga-jaga agar semuanya selamat. Hadiah daripada hb lak, aku kena tunggu dia datang tg malim. Ntah ada ke idak hadiah tuk aku tahun ni.

Aku juga nk ucap selamat hari lahir untuk si'bucuk' yakni Faidhi, ulang tahun ke 3 pada 8 Ogos 2009 yang lalu. Semoga AD sentiasa diberkati oleh Allah, sihat sentiasa dan juga dipanjangkan usia. AD tahun ni memang cukup ligat, petah berkata-kata dan juga bijak berbicara. "Hadiah acicik xbagi lagi la... Nanti la acicik bagi ye.." - Faidhi (AD) ni sebenarnya anak lieza.. sebab aku dah lama dok sekali, so dah anggap macam anak sendiri. So AD ni gak kawan gaduh aku kat umah. Macam bebudak gak aku ni, asyik gaduh dengan AD aje... Hehehehe... Tapi pasni masing-masing akan ada haluan sendiri, so hanya masa dan waktu je yang menentukan.. Mungkin telah tertulis oleh-Nya...

No comments: