Tuesday, May 4, 2010

MAC 2010

Kisah ku di bulan Mac 2010....

Dah lama aku tak update blog ni. So aku kumpul semua cite...


9 Mac 2010 (Selasa)
Hari ni, besday suami ku.... then minggu ni aku dh cuti, so dok sg besar sampai bersalin..

23 Mac 2010 (Selasa)
Ikutkan hari ni due aku bersalin, tapi babyku masih lum kuar lagi. So hari-hari kena g klinik check jantung bby....

27 Mac 2010 (Sabtu)
Pagi tu ada kuar darah sikit, tp aku wat biasa jela.. Then kul 8pg, g klinik tuk check jantung bby, aku pun bgtau la ada kuar tanda sikit. Pastu nurse suh g sepital sabak. Kul 9 lebih aku pun g sabak dgn mak. Abang aku yg bawa. Hubby lum sampi lg, masih dalam perjalanan. Sampai sana terus masuk wad.

28 Mac 2010 (Ahad)
Pagi tu doktor wat checkup setiap pesakit.. tiba turn aku, dokto cakap masih lum ada tanda2 tuk bersalin, so aku diberi pilihan nak balik umah or tinggal je kat wad. Aku amik pilihan balik umah, sebab tak sakit lg.

29 Mac 2010 (Isnin)
Malam ni aku mula rasa sakit. Sakitnya lebih lagi dari hari sebelum. Pergerakan anak dalam perutku juga terlalu aktif, lain daripada hari biasa... so dalam kul 9 lebih bersiap tuk g sepital sabak. Sampai sana, terus masuk living room check pergerakan jantung baby, memang pergerakannya terlalu aktif. So kena masuk air 2 botol. Masa ni baru buka 1cm je.

30 Mac 2010 (Selasa)
Harini berjalan seperti biasa. Sakit tu memang ada.

31 Mac 2010 (Rabu)
Tinggal harini je lagi menentukan aku kena g teluk intan ke idak esok. Harini berjalan seperti biasa. Siang tu aku rasa sakit-sakit gak. So malam mula menjelma. Kesakitanku mula bertambah, setiap saat, setiap minit, setiap jam. Kul 9 mlm aku dah terbaring menahan kesakitan. So nurse suh aku masuk dalam bilik living room, nak check dh buka berapa, sudah 3cm. Nurse suh sediakan barang baby, stanby tuk pas bersalin. Then still dok dlm sbb nak check pergerakan jantung baby. Sume dh ok, g balik tido kat katil luar. Sekitar jam 1 pagi, aku memang tak dapat nk tido. Kerap kali masuk toilet. Sehingga jam 2.45, memang tak dapat tahan, aku berjalan perlahan-lahan nak masuk bilik living room. Aku cakap kat nurse, memang xboleh tahan dah.. rasa semua nak terkeluar je.... Memang satu pengalaman yang cukup hebat bila berdepan dengan kesakitan ini. Bertawakal jela sepanjang menempuh kesakitan. Masa tu juga, aku betul-betul haus, bibir ku kering kontang, nk minum air tp xboleh.. so aku kuatkan semangat juga untuk mengeluarkan baby. Jam 3.40 pagi, selamat sudah aku melahirkan anak perempuan... Ya Allah, Ya Tuhanku.. bersyukur sangat2.. sebab sume selamat. Babyku berat 2.25kg, sihat dan sempurna.. amin...Baru saja diberi nama NUR SORFINA AFZA' BINTI SAIFUL WIZANI.




Baru Lahir - jam 6.10 pagi




Petang - jam 6.54ptg

Thursday, January 28, 2010

Januari 2010

Dah lama aku xupdate blog ni.. Sekarang dah masuk tahun 2010.

Kejab je masa berlalu.. pejam celik, pejam celik.. dh nak masuk bulan Februari 2010 lak. So cite bulan Januari 2010...

4 Jan 2010 (Isnin)
Seperti biasa pagi pergi klinik untuk check-up mingguan.. kalo dulu 1 bulan sekali je.. tp sekarang tiap 2 minggu.. sebabnya, darah aku makin turun dan kandungan masuk 7 bulan.


8 Jan 2010 (Jumaat)
Tarikh untuk scan sebab kandungan dah 7 bulan.. So g klinik kul 8. Kandungan ok, uri pun dh naik. Cuma xpasti baby apa.... tak kisah la baby boy or girl, yang pasti anak dalam kandungan sihat dan sempurna...


12 Jan 2010 (Selasa)
Jumpa Dr. pulak sebab nak follow up tentang keputusan scan tu. So temujanji petang dalam kul 2, lepas lunch. Disamping tu, aku kena amik darah sebagai sample. Aduhai.. amik darah lagi.. Myb sebulan baru dapat tau keputusan.

18 Jan 2010 (Isnin)
Pergi klinik lagi.. Hari ni memang check-up mingguan. So macam biasa, kena amik darah lagi.. Kali ni pulak keputusan tak bagus.... Darah still turun lagi... Nurse kata kalo 2 minggu darah turun lagi, myb kena cucuk punggung.. Huhuhuhu.. aku tak mau... aku harap 2 minggu lagi darah aku dapat naik...






Saturday, December 19, 2009

Tag dr Lieza

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana
jupe kat umah sewa, umah dia selang sebiji dr umah sewa aku. Bila ye... tak ingat lak tahun bila aku pindah kat kg ketoyong

2. Love at first sight?
Idok..... sebab masa tu aku ada orang lain, dia pun sama gak ada orang lain.

3. Who is he when the first time u met him?
Dia student upsi....then kalo jupe mesti ada je nak cari pasal dgn aku (time aku tumpang parking moto kat umah dia) umah sewa dia ada garaj.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Tak ingat la plak.... huhuhu...

5. First place dating di?
Aku rasa kat tom yam rakyat tg malim kot.... hehehe....

6. How he proposed?
Masa bercinta - ntah bila bercintanya aku pun tak tau...tetiba leh jadi couple.. myb sebab dua-dua sudah jadi single so terus jadi rapat ... tu la orang selalu kata... kalo selalu gaduh bila jupe, lelama leh jatuh cintan..
Masa nak merisik/tunang/kawin – kami still bercinta walaupun dia dh abis belajar drp upsi, kiranya bercinta jarak jauh. Then dalam tempoh tu, dia de cakap, kalo dia dah ngajar dalam tempoh setahun or setahun lebih, dia akan datang umah untuk merisik.

7. Special date with your hubby?
Merisik : 7 Februari 2008
Bertunang : 17 Ogos 2008
Nikah : 30 Mei 2009


8. Changes that he asked you to do?
Dia selalu pesan kalo kuar umah pakai baju lengan panjang then tutup kepala (pakai tudung daa)...

9. What is about him that you love so much?
Hmm... apa ek..... sebab dia baik, penyanyang, romantic, memahami dan etc.... then dia ingat tarikh lahir aku... aku harap dia still macam tu sehingga ke akhirNya, amin....

10. What is about him that u wish he would change?
setakat ni takde apa.... semuanya ok.... Cuma kekadang tu aku de cakap kat dia, “tolong la jangan cakap macam tu, boleh tak?.......” ada satu ayat yang aku memang tak berkenan langsung bila dia borak dengan orang lain... dekat aku memang dia tak penah cakap macam tu pun...... tapi bila aku dengar, memang xsuke....

11. You will lose your mind n crack your head when he?
takde gak rasanya.....

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Apa ye..... bila aku minta bantuan, dia tak penah tak nak buat.... pastu kalo aku cakap nk g satu tempat tu dia mesti akan tunaikan... walaupun aku cakap main-main..... hihihi........

13. complete below sentences
"My love towards my hubby is as big as...?
waaaahhhhh.... sebesar seluas lautan....... tak terkira.....

Tuesday, December 15, 2009

~MUKA ~ COPY PASTE CONTEST"

last minute baru nk join lieza punya contest.. hehehe...


~MUKA ~ COPY PASTE CONTEST"




Syarat-syaratnye..

* MESTI jd follower blog riezalieza
* Buat entry psl contest ni.... sticky mode tau... hingga 1 Muharram 1431H ( ni tanpa paksaan… kalau buat ade extra marks
* Extra marks lagi KALAU add link http://riezalieza.blogspot.com ke blog anda


Cara-caranye :

* Letak gmbr anda bersama anak anda @ bersama mak anda @ bersama bapak anda yg nampak persamaan rupa paras/gaya ke.. ibarat org “EH U ALL NI CAM COPY PASTE LE” maksudnya sebijik le.. adik beradik tak aci tau... mana leh kembar sure sama kan...
*
* Kalau muka korang tak sama muka anak ke atau muka korang punye parents.. korang leh le pertaruhkan gmbr suami@isteri anda TETAPI tetap bersama anak anda atau mak bapak diaorang le he he he.. ade paham????
*
* Extra marks yg byk kalau turun temurun … MAKNANYANYE.. korang sama muka mak korang.. anak korang sama muka korang.. so ade 3 yg sama kan…( nenek + ibu + anak ) tp kenale letak gambar gak…sbg bukti


* TARIKH TUTUP CONTEST PADA 16 DIS 2009

* KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

* PEMENANG MUNGKIN LEBIH DR SEORANG … ( PERTAMA,KEDUA, KETIGA)

*SILA TINGGALKAN KOMEN DAN JEJAK KORANG YE.. KALAU TAK CAMNER AKU
NAK CARI KORANG

* YG PENTING HADIAH NYE.... SURPRISE!!!!!!!!!!





aku dgn mak..

Thursday, December 3, 2009

Kembara TV3

TV3 mengadakan Kembara TV3 dengan menjelajah seluruh negeri. So ikut jadual Kembara TV3 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh:3 Disember 2009(Khamis)
Masa:2.00 Ptg–7.00 Ptg
Tempat:Stadium Sungai Besar,Sabak Bernam,Selangor

Hari ni rupanya....