Thursday, March 14, 2013

Lamanya Menyepi...


Dah masuk tahun 2013 pun.. tengah bulan Mac baru nak update blog aku.. Lama bebenor rasanya aku tak cite apa-apa kat blog ni...

Apa pun, akan dihimpunkan cerita secara ringkas je..

Jan 2013... 

Tiada apa pun yang menarik pada bulan Jan untuk aku  ceritakan.. cuma ada satu je untuk aku kongsikan bersama... Rakan pejabat aku dah berhenti kerja. Sedih ? memang la sedih sebab beban sume turun semula kat aku.. walaupun ada staf sementara or sambilan tapi berapa lama je mereka akan berada di sini? Memang rugi sangat sebab dia berhenti kerja tetap.. Apa pun aku kena teruskan kerja aku di sini... 

Feb 2013...

Bulan ni memang sangat sibuk.. Sibuk menguruskan permohonan FRGS penyelidik. Macam2 yang perlu ditempuh.. Jika dulu aku hanya mengumpul semua permohonan mereka dan menguruskan penghantaran terus ke KPT , dengan lebih mudah kami sebagai posmen yang menghantar seberapa banyak permohonan yang diterima. Tetapi bermula tahun 2013, segalanya telah berubah.. Kami yang perlu menapis semua permohonan yang diterima. Membuat penilaian dan ada pulak sesi Penaziran.. Ooohhh macam2 yang perlu aku buat... Bermakna kami hanya akan menghantar permohonan yang 'High Recommeded' sahaja... Memang ramai yang tidak puas hati kenapa permohonan mereka tidak sampai ke KPT... apa pun aku hanya yang menjalankan tugas.... aku hanyalah 'ikan bilis' sahaja... bukan 'ikan jos'... :-)..

Pastu staf sambilan/sementara yang banyak membantu aku sejak staf tetap tu berhenti pulak, akan berpindah ke PTj lain pada bulan depan.. Lagi sedih la aku... Beban lagi nampaknya... Stress betul kalo dok pikir benda ni... Apa pun, keje aku teruskan jugak. Buat semampu mungkin... Walaupun ada lagi staf sambilan yang lain/baru, tapi tidak sama dengan sambilan/sementera yang memang lama keje kat sini dan banyak tolong aku uruskan hal penyelidikan.

Untuk cite bulan Mac 2013...

akan bersambung...















Thursday, November 1, 2012

Jalan-jalan Cuti Raya Haji



Cuti Raya Haji tahun ni aku balik Johor.
So hari Khamis aku dah cuti, then gerak dari tg malim kul 9 pg.
Dalam kete, abg ada cakap, nk bw fifi g Zoo Melaka... Aku layan je..
Sampai Melaka dalam kul 12:00 tgh.. Then terus menuju ke Zoo Melaka.


Masuk parking - RM2.00
Masuk Zoo - RM10.00 seorang (Dewasa)
Naik Trem - RM3.00 seorang (Dewasa)





Sunday, July 22, 2012

Rumahku.. Syurgaku..

Syukur alhamdulillah.. akhirnya kami dapat membeli sebuah rumah sebagai aset untuk masa hadapan..
14 Julai 2012 (Sabtu) - telah pindah semua barang dari rumah lama ke rumah baru kami - di Sekiah Makmur..  Sewa lori 3 tan, memang penuh lori tu.. Nasib baik ada barang-barang yang telah hantar sendiri naik kereta sebelum tu.. Kalo tak, memang tak muat gak lori tu..


Bajet untuk masuk rumah memang banyak gak, tapi sebab bajet ciput so wat yang penting-penting aje.. Hampir 20k gak habis tu masuk rumah baru... Tu pun kira tak cukup.. Ada je yang nak tambah, tapi kena la ikut kemampuan sekarang... Hope akan datang kalo ada rezeki lebih lehla tambah apa yang nak..



gambar selepas siap pasang gril










Jalan-jalan Fraser Hills

Salam Ramadhan buat semua..
Cite ni dh lama, awal bulan dulu.. Aku tak sempat nak tulis blog...
Kawan abg call suh mai Fraser Hills, depa ada family day tapi ramai yang tak datang. Penginapan dan makan adalah ditanggung semua.. Wahh.. dengar camtu okla.. Aku pun belum pernah ke sana.. So ini kali pertama aku ke Fraser Hills.


Sebenarnya hari tu kami cuci rumah baru.. So ikutkan aku malas gak nak ke sana.. Tapi kwn abg call lagi dalam kul 5.. Aku ikut je, sebab yang nk drivenya abg.. So kami gerak ke sana dalam kul 6:15 ptg smpai dalam kul 7:30 camtu..


Masuk gmbar ni dlu.. nnt baru masuk gmbr lain..














ni air terjun sebelum sampai ke Fraser Hills




Tuesday, July 3, 2012

Selamat Hari Bapa..

AKTIVITI DI TASKA SEMPENA HARI BAPA..
Donut buat papa sempena Hari Bapa..
Fifi buat untuk papa..


Tak sabar nak makan bila dah sampai umah.. Makan sama papa..