Monday, November 24, 2008

APC 2007

Aku bersyukur kerana pada hari ini (20 Nov 2008) aku telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2007. Majlis ni telah diadakan di Auditorium UPSI dan disempurnakan oleh Dato’ Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Aminah Ayob.

Macam tak percaya aku telah berpeluang menerima anugerah ni. Hmmmm mungkin sebab aku telah melaksanakan tugas ku dengan baik sekali maka inilah hasil yang aku terima. Aku dah keje kat PPP (nama dulu) dan RMC (nama sekarang) sejak tahun 2002 lagi... then 2004 baru dapat tetap. So 2 tahun kerja sambilan. Macam2 yang telah aku lalui sepanjang bekerja kat pejabat ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pegawai dan pengarah kerana mereka jugalah aku telah terpilih untuk menerima APC 2007 di bawah Jabatan Canselori. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Selain daripada aku, kak fuza juga telah menerima APC 2007 gak. So kat opis ni 2 orang telah menerima APC 2007. Tahniah diucapkan kepada kak fuza dan juga untuk diri ku sendiri.

So kalo dh dpt APC ni kenalah tingkatkan lagi usaha dan mutu kerja hendaklah baik + sempurna untuk masa akan datang.....

inilah aku...







Kenduri Lagi..

Sekarangni dh mula cuti sekolah.. so ramaila yg bakal menamatkan zaman bujang mereka....

Tengah bulan td aku balik kg lagi.. sebabnya kawan kelas aku kawin... Hhmmmm... lepas ni mesti ramai lagi kawan aku yang bakal berkahwin dan aku pulak kenala balik kg tiap2 minggu sbb nk g kenduri depa... huhuhuhu...... almaklumle, diri sendiri pun akan kenduri gak pada tahun depan, so kenalah g kenduri kengkawan..

Kenduri kawan aku ni hari ahad (16 nov 08) so aku pergi dgn mak dan adik aku. Aku xde geng so aku bw la mak aku. Kebetulan kawanku (Janna) wat kenduri kat umah dia Parit 5, so mak aku ni mesti akan jumpa kulaannya.. So xdelah segan sgt mak aku tu. Hehehe.... Aku pulak leh lama sikit kat umah Jana sbb nk tengok dia bersanding.. Dapat la gak tangkap gambo dia bersanding...



pengapit yg puan tu pun kawan aku gak..




Jana dengan suaminya..



Janatun Aiza bt Jaafar



aku dan Jana










Thursday, October 30, 2008

Anak Liana

Kebetulan dh balik kg ni, aku g tengok Liana yg dh selamat melahirkan baby boy pd 12 Okt 2008. Namanya Muhamad Taufiq. Aku g umah yana hari sabtu (25 Okt 08) dlm kul 3 ptg.

Wednesday, October 29, 2008

Redah Banjir..

Minggu ni cuti lama sikit sebab hari isnin tu hari deepavali. So macam biasa aku balik kg pas opis. Dlm pejalanan, ada satu kete tu bg lampu kat aku.. Aku pun heran gak, ”pesal la org ni bagi lampu kat aku ye?” .

Hmmmm aku drive jela macam biasa. Tak lama pastu, berselisih plak dgn lori TNB. Then lori ni pulak bg lampu... aku lagi la heran, td kete ni lori pulak... Mesti ada apa2 kat depan tu... Aku pun terfikir.... ”ntah2.. BANJIR kot.... huhuhuhu......”

Aku pun teruskan pejalanan... sampai satu tempat ni, aku ditahan. Then aku berenti & turun dr kete. Rupa-rupanya mmg banjir kat jalan depan tu. Aduuhh. mcm ne aku nk balik ni.. bukan jauh lagi nk sampai umah, lg ½ jam je.. kalo aku pusing balik, ntah kul berapa baru sampai.

Aku tanya org yg tahan aku tu, dia kata banjir kali ni dalam sampai had lutut, lebih kurang camtu la katanya, then banjir dekat 2km panjangnya.. Kalo nk redah boleh tp kena caj RM20, sbb kete akan ditarik oleh lori.. Aku malas nk patah balik, aku pun setuju jela. Bayo pun, bayo lah... Janji aku sampai umah sebelum malam.

So dlm kete tu, aku dok sebelah. Minta tolong orang tu jaga stereng. Aku ni xberani nk kawal stereng tuk redah banjir tu. Aku ingatkan kena redah banjir sekali je. Rupanya 3 kali... banjir yg ke 3 tu dalam sikit.. Huuuhhhh, akhirnya aku telah selamat meredah banjir. Ni 1st time aku redah banjir yg dalam macam tu. Dh lepas redah banjir, aku pun start enjin, sekali je aku start dh leh hidup... so apa lagi aku pun teruskan perjalanan. Dlm pejalan tu, aku lak bg lampu kat kete lain yg berselisih dgn aku. Hahaha... mesti org tu pun tertanya-tanya nape aku bg lampu kat dia.


redahan ketiga




redahan kedua
redahan pertama



Jac Kawin

hai.. jumpa lagi… kali ni cite masa cuti hujung hari sabtu 18 Okt 2008. En Ad ada buat makan-makan sikit kat umah dia. Aku pun g lah dlm kul 1 lebih. Aku g sorang je.. Lieza x g, sbb mak ayah dia dtg.

Segan pulak nk masuk rumah En Ad.. Nasib le masa aku park kete tu, En Zarul pun sampai dgn Kak Zu dan anak2nya.. Hmmm leh la join sekali masuk rumah En Ad. Kiranya beriringan la dgn depa tu. Konon2nya, datang bersama En Zarul la. hehehe....

Tu cite tengah hari. Malam pulak pas magrib aku g kenduri Jac kat Dewan Slim River. Kat pintu masuk lak, terserempak dgn Maria & Liana (dulu praktikal kat RMC). So jalan sekali la n terus g kat khemah luar dewan tu. Kul 8 lebih tu pengantin sampai.. Meriah betoi kenduri Jac tu.. Siap ada bunga api lagi.. macam sambut hari merdeka kat putrajaya lak. Hehehe...